Pendakwaan kemuka 13 alasan rayuan terhadap keputusan mahkamah bebaskan Muhyiddin

Dalam petisyen rayuan difailkan, pendakwa raya selaku pemohon antaranya mendakwa bahawa Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta

7:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan mengemukakan 13 alasan dalam petisyen rayuannya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada 15 Ogos lepas yang  membebaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Bersatu berkaitan Projek Jana Wibawa.

Dalam petisyen rayuan difailkan pada 19 September lepas, pendakwa raya selaku pemohon antaranya mendakwa bahawa Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila melaksanakan kuasa sedia ada secara sewenang-wenangnya untuk membatalkan empat pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri selaku responden.

“Sedangkan kes ini bukan kes yang sesuai bagi mahkamah berbuat demikian dan satu pendakwaan telah dilakukan mengikut undang-undang,” dakwa pendakwa raya dalam petisyen itu.

Pendakwa raya mendakwa bahawa hakim juga terkhilaf untuk membatalkan pertuduhan tersebut, sedangkan ia pramatang di peringkat ini untuk menghalang pihak pendakwaan daripada mengemukakan keterangan relevan dan boleh diterima semasa perbicaraan melalui saksi-saksi dan keterangan dokumentar bagi membuktikan kesnya.

“Hakim terkhilaf apabila melaksana kuasa sedia ada  secara sewenang-wenangya untuk membatalkan pertuduhan terhadap responden, sedangkan permohonan responden merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah memandangkan ia pramatang dan perbicaraan masih belum dimulakan,” dakwa pendakwa raya.

Pendakwa raya mendakwa bahawa hakim terkhilaf apabila pihaknya tidak menyatakan cara bagaimana responden menggunakan kedudukannya telah mengakibatkan pertuduhan yang dihadapi oleh responden adalah cacat.

“Sedangkan apa tidak dinyatakan oleh pihak pendakwaan bukannya satu perkara tidak dapat dipulihkan pada peringkat prosiding ini, memandangkan pihak pendakwaan masih boleh mengemukakan keterangan untuk mengenal pasti pelanggaran dan meminda pertuduhan pada mana-mana peringkat perbicaraan dengan kebenaran mahkamah,” dakwa pendakwa raya.

Selain itu, pendakwa raya mendakwa bahawa hakim terkhilaf apabila memutuskan bahawa pihaknya tidak menyatakan butiran dalam pertuduhan telah mengelirukan responden.

“Walhal (persoalan) sama ada apa yang tidak dinyatakan (dalam pertuduhan) menyebabkan satu ketidakadilan hanya boleh ditentukan pada akhir kes perbicaraan, dengan mengambil kira keseluruhan keterangan yang dikemukakan di hadapan hakim bicara,” dakwa pendakwa raya.

Pendakwa raya mendakwa bahawa hakim terkhilaf apabila melaksanakan kuasa sedia ada untuk membatalkan pertuduhan terhadap responden, sedangkan responden telah gagal untuk membuktikan bahawa pertuduhan terhadapnya adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika dihubungi pemberita mengesahkan mengenai petisyen rayuan itu.

Pada 15 Ogos lepas, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Pagoh itu daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Bersatu berkaitan Projek Jana Wibawa selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan kesemua pertuduhan itu.

Pihak pendakwaan kemudian memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada hari sama (15 Ogos).

Pada 27 September lepas, Mahkamah Rayuan menetapkan 28 dan 29 Februari 2024 untuk pendengaran rayuan berkenaan.

Muhyiddin masih berdepan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta berkaitan Projek Jana Wibawa. – 29 September, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related