Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1696042567:18
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 119356
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 16
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:212:"Mereka diminta banyakkan berada di dalam bangunan dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung serta mulut sesuai, selain minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari bagi mengekalkan hidrasi badan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Jerebu
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Orang ramai, terutama golongan berisiko tinggi dinasihat supaya peka dengan tahap kualiti udara di kawasan masing-masing dan mengambil langkah pencegahan, bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 178
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752452903";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752061051";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:11;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752452903
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Jerebu: Orang ramai dinasihat ambil langkah pencegahan kurangkan kesan buruk kesihatan | Scoop

Jerebu: Orang ramai dinasihat ambil langkah pencegahan kurangkan kesan buruk kesihatan

Mereka diminta banyakkan berada di dalam bangunan dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung serta mulut sesuai, selain minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari bagi mengekalkan hidrasi badan

10:22 AM MYT

 

SEREMBAN – Orang ramai, terutama golongan berisiko tinggi dinasihat supaya peka dengan tahap kualiti udara di kawasan masing-masing dan mengambil langkah pencegahan, bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS), Datuk Dr Harlina Abdul Rashid berkata, ia termasuk mengelak daripada melakukan aktiviti fizikal di luar bangunan untuk mengurangkan pendedahan kepada udara tidak sihat.

Katanya, selari dengan saranan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, penganjuran melibatkan aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihatkan supaya ditangguhkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

“Banyakkan berada di dalam bangunan dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai.

“Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi mengekalkan tahap hidrasi badan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, ibu bapa juga perlu sentiasa mengawasi kesihatan anak kecil dan penghidap penyakit respiratori serta jantung kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.

Selain itu, Dr Harlina menasihatkan individu yang mengalami gejala seperti batuk, selesema, asma, sakit mata dan jangkitan paru-paru supaya mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan dengan segera bagi mengelakkan kesan lebih teruk berlaku.

Menurutnya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu menerusi laman sesawang Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), setakat pukul 8 pagi tadi, beberapa kawasan merekodkan IPU tidak sihat, termasuk di Nilai dengan bacaan semasa ialah 148. – 30 September, 2023

Topics

 

Hangat

Sim Tze Tzin seeks PKR veep post, vows to strengthen party’s future

Bayan Baru MP declares candidacy, drawing on decades of reformist struggle and unwavering loyalty to the party

Rules on p-hailing charges, riders’ earnings coming: Transport Ministry

Regulations being drafted now that amendments to Land Public Transport Act on expanding regulatory control over the industry are in force

Ticket prices no excuse: fans urged to support Harimau Malaya

Ticket prices should not be an issue for loyal football fans flocking to the stadium tomorrow to support Harimau Malaya in the opening Group D match against Kyrgyzstan in the second round of the 2026 World Cup/2027 Asian Cup Qualifiers.

Related