Notis merah Interpol ke atas menantu Muhyiddin: SPRM serah dokumen Isnin ini

Baru-baru ini Interpol minta beberapa lagi dokumen tertentu untuk dipenuhi, mengikut kehendak mereka. Jadi, kami akan membekalkan dokumen seperti yang dikehendaki

3:11 PM MYT

 

KAJANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan dokumen tambahan kepada polis Isnin ini, untuk melengkapkan notis merah Interpol ke atas dua individu termasuk menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata ia susulan permintaan terbaharu Interpol, agar Malaysia melengkapkan beberapa lagi maklumat yang diperlukan, untuk pengeluaran notis tersebut.

“Baru-baru ini mereka (Interpol) minta beberapa lagi dokumen tertentu untuk dipenuhi, mengikut kehendak mereka. Jadi, kami akan membekalkan dokumen seperti yang dikehendaki.

“Dokumen berkenaan antaranya berhubung draf pertuduhan dan beberapa lagi, kerana ini requirement daripada Interpol dan SPRM akan bekalkan kepada mereka (polis) secepat mungkin, iaitu pada Isnin ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Menembak SPRM Bersama Media 2023, sempena ulang tahun suruhanjaya itu yang ke-56 di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia, di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata permohonan notis merah Interpol ke atas dua individu berkenaan, masih dalam proses dilengkapkan berikutan terdapat beberapa isu teknikal, yang kini masih dalam proses dikemas kini SPRM.

Bulan lepas Azam memberitahu media bahawa menantu Muhyiddin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, 48, dan Mansoor Saat, 69, dikehendaki tampil ke SPRM bagi tujuan pendakwaan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Bagaimanapun, hasil semakan dengan Jabatan Imigresen mendapati kedua-dua individu terbabit meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 dan 21 Mei lepas, dan tiada rekod masuk kembali ke negara ini.

Sementara itu, mengulas mengenai isu dakwaan rasuah dan salah guna kuasa dalam isu perlombongan unsur nadir bumi (REE), yang melibatkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mohamad Sanusi Md Noor, Azam berkata keputusan sama ada pemimpin itu akan dituduh atau tidak, bakal diketahui tiga minggu lagi.

“Kes itu telah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPP) untuk kajian dan saya jangka mungkin dalam tempoh terdekat kira-kira tiga minggu lagi TPP akan buat keputusan,” katanya. 

Pada Isnin lepas, Sanusi mengesahkan yang beliau telah memberi keterangan kepada SPRM, berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa dalam isu REE.

Pada Julai lepas, seramai 10 Exco kerajaan negeri Kedah telah dipanggil bagi memberikan keterangan kepada SPRM, untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut selain seorang pegawai kanan Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan seorang wanita yang merupakan pengarah sebuah syarikat, dilaporkan media telah ditahan suruhanjaya itu bagi membantu siasatan kes rasuah lebih RM13 juta serta salah guna kuasa membabitkan isu berkenaan.

Azam pada 20 Julai lepas dilapor sebagai berkata SPRM telah merakam kenyataan 12 individu, bagi membantu siasatan berkaitan kes itu. – 30 September, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related