Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1696206030:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 308
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:140:"Masyarakat berbilang kaum di negara ini juga perlu menjadikan perbezaan sebagai kekuatan bukannya menjadikan ia sebagai faktor persengketaan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => anwar
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Anwar berkata masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu menjadikan perbezaan sebagai kekuatan bukannya menjadikan ia sebagai faktor persengketaan.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 119703
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750582263";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:8;i:2;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750582263
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Aktiviti seni, budaya perlu diperkasa seiring kemajuan ekonomi: PM | Scoop

Aktiviti seni, budaya perlu diperkasa seiring kemajuan ekonomi: PM

Masyarakat berbilang kaum di negara ini juga perlu menjadikan perbezaan sebagai kekuatan bukannya menjadikan ia sebagai faktor persengketaan

11:38 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu aktiviti seni dan budaya di Malaysia diperkasakan seiring kemajuan ekonomi, dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memainkan peranan penting untuk memartabatkan aktiviti berkenaan.

“Sebab itu penting peranan MOTAC dan program yang boleh memartabatkan aktiviti seni, lukisan, puisi,  filem dan teater; pementasan serta tarian.

“Tak banyak negara di dunia boleh pamerkan seni budaya dengan Melayu sebagai terasnya, suku kaum yang lain dari Perlis sampai Sabah,” katanya ketika merasmikan Festival Budaya Putrajaya 2023 di sini malam ini.

Anwar berkata masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu menjadikan perbezaan sebagai kekuatan bukannya menjadikan ia sebagai faktor persengketaan.

“Saya percaya rakyat waras yang cintakan negara menghormati nilai kemanusiaan… mereka akan melihat perbezaan kaum, suku kaum dan budaya sebagai kekuatan kerana kepelbagaian membina kehebatan Malaysia tercinta,” katanya.

Menyifatkan sektor pelancongan sebagai bidang yang menjadi penyumbang penting kepada ekonomi negara, Anwar yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberi tumpuan khusus dari segi peruntukan dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini.

“Maka MOTAC harus percaya tentunya kita (kerajaan) akan beri pemusatan terhadap industri pelancongan termasuk pemerkasaan industri seni dan budaya,” katanya yang turut memuji dan menghargai usaha MOTAC atas inisiatif penganjuran Festival Budaya Putrajaya 2023 yang julung kali diadakan.

Bagi mencapai hasrat memperkasakan aktiviti seni dan budaya, Anwar turut mencadangkan agar Festival Budaya Putrajaya dijadikan sebagai acara tahunan dalam kalendar MOTAC.

Festival Budaya Putrajaya 2023 yang bermula 28 Sept hingga esok (1 Okt), dianjurkan MOTAC dengan kerjasama rakan strategik iaitu Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Istana Budaya yang bermatlamat mendekatkan masyarakat umum dan antarabangsa dengan kegiatan seni budaya dan pelancongan Malaysia serta mempromosi pelbagai produk pelancongan yang terdapat di negara ini.

Bertemakan “Perpaduan Melalui Seni Budaya”, program ini juga bertujuan mengukuhkan semangat untuk hidup dalam harmoni dan semangat perpaduan melalui seni, budaya dan warisan.

Antara pengisian menarik yang diatur sepanjang empat hari program ialah “Putrajaya Culture Fun Run & Gathering” yang menampilkan acara larian lima kilometer dengan berpakaian tradisional, persembahan pentas bercirikan tradisional dengan suntikan semangat kemerdekaan, penjagaan seni, demonstrasi makanan warisan,  penjualan produk kraf dan pertandingan serta kuiz  seni budaya dan pelancongan. – 30 September, 2023

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related