Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1696292915:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 266
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 119914
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:157:"Antara sebab rombakan ialah kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => rombakan Kabinet
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Antara sebab rombakan ialah kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 67
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749456994";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:8;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749341935";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:0;i:1;i:16;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749456994
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Rombakan Kabinet mungkin berlaku dalam masa terdekat: Zahid | Scoop

Rombakan Kabinet mungkin berlaku dalam masa terdekat: Zahid

Antara sebab rombakan ialah kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub

7:48 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlaku dalam masa terdekat.

Beliau berkata antara sebabnya ialah kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub.

“Mesti ada (rombakan). Saya fikir dalam waktu terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perjumpaan Khas Bersama Kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya hari ini.

Ditanya desas-desus bakal dilantik mengetuai Kementerian Dalam Negeri susulan rombakan itu, Ahmad Zahid berkata beliau sedia menerima apa jua tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

“Sayapun lihat poster begitu tetapi Perdana Menteri belum bagitahu saya. Sebenarnya kementerian mana pun saya pergi, saya bersedia sebab yang pentingnya Kabinet ini buat keputusan secara konsensus.

“Biarpun saya memegang Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah tetapi pada waktu yang sama, Perdana Menteri letakkan saya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kabinet, Jawatankuasa Peringkat Tinggi serta Pasukan Petugas yang melibatkan pelbagai kementerian dan saya lakukan perkara itu demi kepentingan Kerajaan Perpaduan yang ada,” katanya.

Ahmad Zahid juga berkata sebagai Presiden UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional, beliau berharap Kementerian Wilayah dan Persekutuan dapat diwujudkan semula dalam rombakan Kabinet terbaharu.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu pernah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri dari 2013 hingga 2018 di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau turut memutuskan untuk menjelajah ke semua 191 bahagian UMNO di seluruh negara bagi mengupas isu berkaitan parti termasuk yang melibatkan perundangan dan politik.

“Ini penting, biar mereka (ahli UMNO) datang dan dengar sendiri penjelasan daripada saya dan pasukan yang mengenai aspek politik, perundangan serta beberapa isu lain… komunikasi melalui pendekatan tanpa lisan sangat penting, lebih penting jika ada sentuhan peribadi melalui komunikasi lisan melalui pemimpin utama organisasi,” katanya sambil menambah beliau komited untuk bertemu dengan ahli parti di setiap bahagian melalui pendekatan konservatif itu walaupun terpaksa mengambil masa yang lama. – 1 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related