Kes dadah: Yasin bebas atau bela diri diketahui esok

Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Faiz Dziyauddin dijadual memberikan keputusan itu pada jam 2 petang

6:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen terhadap tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya akan diketahui esok.

Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Faiz Dziyauddin dijadual memberikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 2 petang.

Sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap Muhammad Yasin, 48, maka dia akan dipanggil membela diri manakala jika sebaliknya, selebriti itu akan dilepas dan dibebaskan.

Pada 15 Sept lepas, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil tujuh saksi semasa perbicaraan kes itu yang bermula pada 28 Ogos lepas.

Antara saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan ialah ahli kimia Dr J. Saravanan Kumar, pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Amirul Mukmin Aziz, pegawai sains (kimia hayat) di Jabatan Patologi Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang Rusli Ibrahim, pakar bioteknologi tumbuhan Prof Dr S. Sreeramanan dan Pegawai Risikan, Operasi dan Tahanan, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya Inspektor Darwis Aripin. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala peguam Ariff Azami Hussein, mewakili Muhammad Yasin.

Penyanyi lagu Mimpi Laila itu didakwa memberikan dirinya dadah jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik IPD Petaling Jaya pada 11.05 malam, 24 Mac tahun lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Muhammad Yasin juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, pada 5.30 petang, tarikh yang sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 6 ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan, serta Seksyen 6B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan. – 2 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related