Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1696255819:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 140
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 120327
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:155:"Keputusan itu turut memberi peluang kepada jemaah lain yang lebih memerlukan menggunakan subsidi berkenaan untuk menunaikan tuntutan Rukun Islam kelima itu";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => haji
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Katanya sumbangan itu diharap dapat meringankan beban, selain digunakan dalam membaiki kerosakan yang berlaku dikediaman setiap penerima.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751787188";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751787188
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji: Mohd Na'im | Scoop

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji: Mohd Na’im

Keputusan itu turut memberi peluang kepada jemaah lain yang lebih memerlukan menggunakan subsidi berkenaan untuk menunaikan tuntutan Rukun Islam kelima itu

10:10 PM MYT

 

IPOH – Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata keputusan itu turut memberi peluang kepada jemaah lain yang lebih memerlukan menggunakan subsidi berkenaan untuk menunaikan tuntutan Rukun Islam kelima itu.

“Jadi disinilah fungsi yang sedang tabung haji lakukan iaitu memberikan pencerahan dan penjelasan kepada masyarakat Islam khususnya kepada pendeposit-pendeposit Tabung Haji tentang prinsip atau falsafah berkaitan kemampuan.

“Perkara ini yang sedang kita uar-uarkan, apabila mereka (B40) ada kemampuan dan tolak subsidi bermakna ia boleh digunakan oleh Tabung Haji untuk bantu jemaah yang lebih memerlukan untuk menunaikan ibadat ini dengan jayanya,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas menghadiri Program Rahmah MADANI di Dewan Putra Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Putra di sini, hari ini.

Beliau berkata penentuan golongan sasar yang layak menerima subsidi untuk menunaikan fardhu haji bukan dibuat secara semberono sebaliknya ditentukan oleh kerajaan dibantu agensi berkaitan.

“Kita adakan kerjasama bersama pelbagai pihak termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk dapatkan data bagi setiap pendeposit sama ada mereka dari kategori B40, M40 atau T20,” katanya.

Mengulas mengenai program hari ini Mohd Na’im berkata RM200,555 disumbangkan kepada 89 penerima sekitar Parlimen Tambun yang terkesan akibat bencana ribut pada 2 Okt lepas.

Katanya sumbangan itu diharap dapat meringankan beban, selain digunakan dalam membaiki kerosakan yang berlaku dikediaman setiap penerima.

“Penerima sumbangan ini adalah berpandukan senarai yang disedia dan diselaraskan oleh pihak berkuasa negeri. Saya juga mengucapkan terima kepada kerajaan negeri dan juga agensi kerajaan di peringkat negeri yang telah terlibat sama dalam menjayakan program ini,” katanya. – 2 September, 2023

Topics

 

Hangat

Pencerobohan hutan di Raub: SPRM siasat sejak 2021

Azam berkata siasatan yang dijalankan berhubung pencerobohan tanah di Raub, Pahang adalah kesinambungan daripada siasatan yang dijalankan sejak 2021

Petronas to finalise workforce size by mid-2025, rightsizing to begin in second half of the year: CEO

Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz allays fears of mass layoffs, says senior management will not be shielded

Google sekali lagi terbit data tidak tepat pertukaran nilai ringgit, dolar Amerika Syarikat

Bank Negara Malaysia (BNM) tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran mata wang yang sedang tersebar menerusi media sosial antara dolar Amerika Syarikat (AS$) dan ringgit Malaysia (RM) yang salah diterbitkan Google pada semalam

Related