Jerebu: Elakkan aktiviti di luar, ambil langkah pencegahan

Semua pihak digesa untuk tidak melakukan pembakaran terbuka atau membenarkan premis atau pun tanah mereka digunakan bagi melakukan aktiviti berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab

11:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lebih banyak partikulat terampai akan memasuki saluran pernafasan, sekali gus berisiko mendapat pelbagai penyakit sekiranya orang ramai masih berdegil melakukan aktiviti fizikal di luar rumah ketika jerebu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, orang ramai perlu mengelak daripada melakukan aktiviti fizikal di luar bangunan sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan pendedahan kepada pencemaran udara itu.

Dalam masa sama, tegasnya, semua pihak digesa untuk tidak melakukan pembakaran terbuka atau membenarkan premis atau pun tanah mereka digunakan bagi melakukan aktiviti berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Tutup tingkap agar kita dapat mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah mahupun bangunan. Gunakan penutup mulut yang sesuai dan hadkan masa di luar.

“Pada masa sama, elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara di dalam bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Radzi berkata, pengudaraan juga perlu ditambah baik dengan memasang alat pendingin hawa dan penapis udara yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus demi menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.

Menurut beliau, orang ramai perlu menggunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan, khususnya di kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

“Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi mengekalkan tahap hidrasi badan. Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau penyakit berkaitan jerebu di klinik sentinel dari semasa ke semasa. Orang ramai boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan ini di laman web KKM (https://www.infosihat.gov.my/index.php/isu-semasa/51-jerebu),” katanya. – 2 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Related