Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1696397657:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-120151
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-120151
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 90
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:68:"Pihak pendakwaan akan mengemukakan 10 saksi untuk memberi keterangan";}
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Hakim Mahkamah Sesyen Nor Rajiah Mat Zin menetapkan 18 dan 19 Januari, serta 10 hari pada Februari untuk perbicaraan, selepas pihak pendakwaan yang diketuai Datuk Masri Mohd Daud serta peguam bela Sanusi, Awang Armadajaya Awang Mahmud bersetuju dengan tarikh berkenaan
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 224
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 120796
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749801657";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:8;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749401160";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:16;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749801657
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Bicara kes hasutan Sanusi ditetapkan 18 Januari | Scoop

Bicara kes hasutan Sanusi ditetapkan 18 Januari

Pihak pendakwaan akan mengemukakan 10 saksi untuk memberi keterangan

1:09 PM MYT

 

SELAYANG – Perbicaraan kes hasutan membabitkan ucapan yang didakwa dibuat oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terhadap kerajaan Selangor dan ucapan berhubung Kerajaan Perpaduan dijadualkan pada Januari depan.

Hakim Mahkamah Sesyen Nor Rajiah Mat Zin menetapkan 18 dan 19 Januari, serta 10 hari pada Februari iaitu pada 5, 8, 9, 12, 13, 15, 16, 19, 22, dan 23 untuk perbicaraan, selepas pihak pendakwaan yang diketuai Datuk Masri Mohd Daud serta peguam bela Sanusi, Awang Armadajaya Awang Mahmud bersetuju dengan tarikh berkenaan.

Masri turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan akan mengemukakan 10 saksi bagi memberikan memberi keterangan.

Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), 49, didakwa pada 18 Julai lalu di hadapan Nor Rajiah dengan satu pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan berhubung pelantikan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor.

Pada hari sama, beliau turut didakwa dengan satu pertuduhan kesalahan sama yang didakwa mempertikai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan kerajaan perpaduan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Osman Affendi Mohd Salleh.

Kedua-dua kesalahan itu sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948.

Namun, hari ini, hakim membenarkan permohonan Sanusi supaya kedua-dua kes dibicarakan bersama di hadapan Nor Najiah pada tahun depan.

Sanusi mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pindaan membabitkan dua pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan kepada Sultan Selangor dan mengeluarkan kenyataan politik itu di Taman Selayang Mutiara, Kg Bendahara, dalam daerah Gombak pada 11 Julai lepas.

Kedua-dua pertuduhan yang dibacakan kepada Sanusi hari ini dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000, penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika didapati bersalah. – 4 Oktober 2023

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related