Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1696415543:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:235:"Perkara itu dibangkitkan semasa mesyuarat antara Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Malaysia Datuk Roslan Tan Sri Abdul Rahman serta ketua pegawai eksekutif Lembaga Pelancongan Saudi Fahd Hamidaddin 
";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => klia
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing pada 18 Julai lepas berkata MOTAC yakin inisiatif bagi menjadikan Malaysia sebagai hab serantau bagi jemaah umrah akan dapat memacu dan melonjakkan industri pelancongan negara.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 44
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 90
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 269
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 120908
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752475076";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:6;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752169067";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752475076
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Malaysia, Arab Saudi bincang inisiatif jadikan Malaysia hab transit pilihan jemaah umrah | Scoop

Malaysia, Arab Saudi bincang inisiatif jadikan Malaysia hab transit pilihan jemaah umrah

Perkara itu dibangkitkan semasa mesyuarat antara Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Malaysia Datuk Roslan Tan Sri Abdul Rahman serta ketua pegawai eksekutif Lembaga Pelancongan Saudi Fahd Hamidaddin

6:32 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Malaysia dan Arab Saudi telah mengadakan perbincangan berhubung usaha menjadikan Malaysia sebagai hab transit pilihan untuk jemaah umrah yang melakukan perjalanan ke Arab Saudi, melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Perkara itu dibangkitkan semasa mesyuarat antara Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Malaysia Datuk Roslan Tan Sri Abdul Rahman serta ketua pegawai eksekutif Lembaga Pelancongan Saudi Fahd Hamidaddin, di luar sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) tahunan di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini.

MOTAC dalam kenyataan hari ini berkata mesyuarat itu membincangkan bidang-bidang yang dilihat berpotensi untuk kerjasama antara Malaysia dan Arab Saudi bagi manfaat bersama, khususnya berkaitan usaha kerajaan untuk meletakkan Malaysia sebagai hab transit pilihan bagi jemaah umrah yang melakukan perjalanan ke Arab Saudi melalui KLIA.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing pada 18 Julai lepas berkata MOTAC yakin inisiatif bagi menjadikan Malaysia sebagai hab serantau bagi jemaah umrah akan dapat memacu dan melonjakkan industri pelancongan negara.

Tiong berkata Malaysia juga boleh menawarkan pakej pelancongan mesra Muslim kepada jemaah haji yang secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan negara dan memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan Muslim global. – 4 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Women Ministry plans to set up e-filing system for lodging sexual harassment reports

The Women, Family and Community Development Ministry intends to develop an e-filing system to enable more victims of sexual harassment outside Putrajaya to lodge complaints with the Anti-Sexual Harassment Tribunal

Kelantan to make halal certification mandatory for all F&B businesses

The new mandatory condition is being implemented by the Kota Bharu council first

‘More imports in M-League teams scuppers local players’ chances of playing for Malaysia’

The decision of the Malaysian Football League (MFL) to allow teams to start a match with six imported players for the 2024-2025 M-League season is seen to be detrimental to local players.

Related