Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1696484105:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 121121
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Seorang lelaki Orang Asli ditemukan meninggal dunia dengan kaki kirinya hilang disyaki dibaham harimau selain kesan cakaran haiwan itu pada kepala dan badannya, di kawasan hutan Pos Pasik di sini semalam
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 405
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749469087";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:11;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749469087
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

)
Lelaki Orang Asli maut dibaham harimau | Scoop

Lelaki Orang Asli maut dibaham harimau

1:33 PM MYT

 

GUA MUSANG Seorang lelaki Orang Asli ditemukan meninggal dunia dengan kaki kirinya hilang disyaki dibaham harimau selain kesan cakaran haiwan itu pada kepala dan badannya, di kawasan hutan Pos Pasik di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan penemuan mayat lelaki berusia 25 tahun itu dan operasi membawa keluar mayat telah dimulakan pagi ini.

“Mayat dijumpai oleh penduduk semalam. Pihak polis sudah pergi ke lokasi untuk membawa keluar mayat dan dibawa ke hospital untuk proses selanjutnya.

“Tempoh diambil untuk sampai ke kampung itu kira-kira dua hingga tiga jam dan bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli Mohd Sani Nahtiman berkata mangsa, Pisie Amud, dari suku kaum Temiar, dikatakan tidak pulang ke rumahnya di Kampung Sugi setelah keluar menyumpit pada Selasa lepas.

Beliau berkata penduduk mula keluar mencari mangsa setelah menyedari kehilangannya dan menemukan motosikal, peralatan menyumpit serta kesan tapak kaki harimau di beberapa lokasi berlainan di atas bukit Kampung Perwer berdekatan dengan kawasan ladang kelapa sawit. 

“Kira-kira 6 petang semalam, saya bersama 10 penduduk kampung bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan berkaitan penemuan terbabit. 

“Berpandukan kesan tapak kaki yang dipercayai harimau itu, saya dan tiga penduduk berjalan sejauh 500 meter mengikut jejak yang ditinggalkan sebelum menemui mayat mangsa,” katanya kepada pemberita di Kampung Perwer di sini hari ini.

Mohd Sani berkata seramai 20 individu berkawal secara bergilir-gilir di sekitar kawasan mayat bermula 9 malam tadi sementara menunggu ketibaan polis ke tempat kejadian. 

“Kira-kira 4 pagi tadi, harimau belang itu datang kembali mungkin untuk mengambil mayat mangsa tetapi penduduk yang berkumpul bertindak membuat bising dan memasang mercun untuk menghalaunya,” katanya. – 5 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related