Zahid dedah ada Adun PN mahu sertai kerajaan BN-PH di Pahang

Ia berdasarkan maklumat dalaman yang diterima oleh pihaknya dan turut menyifatkan kenyataan dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya empat Adun BN akan melompat parti hanyalah propaganda untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai, Sabtu ini

6:14 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan (Adun) Pahang dari Perikatan Nasional (PN) yang mahu menyokong kerajaan gabungan Barisan Nasional- Pakatan Harapan (BN-PH) di negeri itu.

Beliau berkata, ia berdasarkan maklumat dalaman yang diterima oleh pihaknya dan turut menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya empat Adun BN akan melompat parti hanyalah propaganda untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai, Sabtu ini.

“Di sana terdapat 16 Adun (BN) sedia ada dan Insya-Allah kita akan kekalkan Pelangai dan terdapat juga lapan Adun PH. Jumlah ini adalah lebih daripada mencukupi untuk membentuk kerajaan dan walaupun itu propaganda mereka (PN) tetapi kita juga mempunyai maklumat dalaman.

“Sebenarnya mereka (Adun PN) juga akan bersama-sama dengan kami, jadi cara yang terbaik ialah dengan mempropaganda seolah-olah kita mahu pergi ke sana.

“Sebenarnya mereka yang mahu jadi kerajaan di peringkat negeri, jadi kita harap yang empat (Adun ) itu datang daripada mereka,” katanya.

Zahid yang juga presiden Umno berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Majlis TVET Negara Bil.3/2023 dan Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Kerjasama Antara Kerajaan Dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Dan Swasta di sini hari ini.

Baru-baru ini, Muhyiddin dalam ceramah perdana di FELDA Chemomoi, Bentong, mendakwa ada kemungkinan Adun daripada BN akan menyertai PN sekiranya gabungan itu menang pada PRK Dun Pelangai, Sabtu ini.

Komposisi yang membentuk kerajaan negeri Pahang ketika ini terdiri daripada 16 Adun BN dan lapan Adun PH, manakala PN mempunyai 17 Adun.

Pahang antara negeri yang belum menguatkuasakan undang-undang antilompat parti bagi Adun sejak ia berkuat kuasa di peringkat Persekutuan pada 5 Oktober tahun lalu.

Terdahulu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, memaklumkan semua 15 Adun BN menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan negeri pimpinannya dan perkara itu dimaklumkan sendiri semua Adun terbabit kepadanya semalam. – 5 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related