NGO setuju kenaikan kos haji pada golongan ‘maha kaya’, subsidi pula pada rakyat kurang mampu

Faisal juga berharap bantuan kewangan berterusan akan diberikan kepada golongan B40 dan M40 memandangkan kebanyakan mereka terpaksa menunggu lebih 20 tahun sebelum sampai giliran mengerjakan haji

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan untuk tidak menaikkan kos haji bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, disambut baik banyak pihak sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk melaksanakan ibadat tersebut.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata langkah itu adalah sesuatu yang perlu diambil bagi mengurangkan bebanan golongan kurang berkemampuan dalam mengerjakan ibadah haji.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz. – Gambar Bernama, 7 Oktober, 2023

“Perkara ini merupakan satu persetujuan yang baik antara kerajaan dan Tabung Haji.

“Kenaikan kos kepada golongan yang terlalu kaya, saya pun rasa mereka tidak kisah kalau tiada subsidi (kepada mereka). Ia tidak beri kesan kepada mereka berbanding rakyat yang tidak berkemampuan,” katanya kepada Scoop.

Selain itu, Faisal juga berharap bantuan kewangan berterusan akan diberikan kepada golongan B40 dan M40 memandangkan kebanyakan mereka terpaksa menunggu lebih 20 tahun sebelum sampai giliran untuk mengerjakan haji.

“Kebiasaannya mereka perlu menunggu sehingga 20 tahun untuk giliran mengerjakan haji dan sudah pasti kosnya juga akan meningkat ketika itu.

“Diharapkan bantuan kewangan ini akan berterusan buat golongan memerlukan supaya ia tidak memberikan bebanan kepada mereka dalam mengerjakan ibadah haji,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu memberi jaminan bahawa kos haji hanya akan dinaikkan membabitkan jemaah dalam kalangan ‘maha kaya’, iaitu mereka yang berada dalam kategori T20.

Beliau berkata, terdapat keperluan pendekatan itu dilaksanakan Kerajaan Perpaduan bagi mengurangkan bebanan ditanggung rakyat dalam golongan B40 dan M40.

Anwar memaklumkan, langkah itu juga tidak menjejaskan semua peringkat masyarakat, sebaliknya hanya membabitkan mereka yang memproleh pendapatan melebihi RM100,000.

Orang ramai berurusan di kaunter Lembaga Tabung Haji (TH) di Menara TH Tun Razak. – Gambar Scoop, 7 Oktober, 2023

Sementara Tabung Haji (TH) baru-baru ini pula menganggarkan kos haji tahun depan dijangka meningkat hingga 11 peratus, disebabkan pelbagai faktor di luar kawalan agensi berkenaan, termasuk pelaksanaan Cukai Nilai Tambah (VAT) di Arab Saudi.

Dalam pada itu, Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Lukman Sheriff Alias pula berkata subsidi tidak sewajarnya diberikan kepada golongan yang mampu.

“Secara prinsip kami bersetuju, subsidi tidak patut diberikan kepada golongan yang mampu dan ia sepatutnya hanya kepada golongan sasaran sahaja,’’ tegasnya.

Lukman turut berharap Tabung Haji (TH) dapat mencambahkan lagi ekonomi dan meningkatkan keuntungan agar dapat memberikan pulangan yang lebih tinggi kepada pendeposit TH.

“Dengan memangkinkan ekonomi Muslim dan meningkatkan keuntungan, diharapkan ia dapat memberikan pulangan yang lebih tinggi kepada simpanan pendeposit yang mengerjakan haji dan mengurangkan jurang subsidi,” katanya. – 7 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related