Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1696606984:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 255
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 121678
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:155:"Undilah dengan fikiran yang terbuka dan bijaksana, jangan undi berdasarkan emosi dan lihatlah rekod pencapaian kerajaan negeri yang banyak membantu rakyat ";}
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (BN-PH) di Pahang akan memastikan kestabilan politik yang dinikmati rakyat dan negeri akan terus dipelihara
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749492670";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:15;i:1;i:18;i:1;}}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749586382";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:20;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749872519";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:3;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749872519
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Kerajaan BN-PH akan pastikan kestabilan politik di Pahang terpelihara: MB | Scoop

Kerajaan BN-PH akan pastikan kestabilan politik di Pahang terpelihara: MB

Undilah dengan fikiran yang terbuka dan bijaksana, jangan undi berdasarkan emosi dan lihatlah rekod pencapaian kerajaan negeri yang banyak membantu rakyat

11:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR —  Kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (BN-PH) di Pahang akan memastikan kestabilan politik yang dinikmati rakyat dan negeri akan terus dipelihara.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perpaduan yang ada perlu terus dikekalkan  bagi membolehkan kerajaan negeri terus berkhidmat dan rakyat mendapat manfaat hasil pembangunan negeri.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelangai akan membuat pilihan bijak bagi memilih wakil rakyat yang berwibawa dan mampu meneruskan agenda kebajikan untuk rakyat.

“Saya menyeru semua pengundi seramai lebih 16,000 di Dun Pelangai supaya keluar beramai-ramai esok.

“Undilah dengan fikiran yang terbuka dan bijaksana, jangan undi berdasarkan emosi dan lihatlah rekod pencapaian kerajaan negeri yang banyak membantu rakyat dan membangunkan negeri.

“Apabila buang undi, ingatlah masa depan kita dan anak-anak dan yakin dengan kemampuan kerajaan yang ada untuk terus mentadbir negeri.

“Yang paling penting kestabilan politik harus dipelihara dan teruskan perpaduan sesama kita supaya memudahkan kerajaan negeri berkhidmat demi masa hadapan rakyat,” katanya dalam siaran langsung program bual bicara Legasi Pelangai malam ini.

Beliau memaklumkan kempen dijalankan bagi menyokong calon BN di Pelangai mendapat sambutan yang cukup baik.

“Terima kasih kepada semua jentera parti kerana telah berjaya melaksanakan tugas, berjumpa seramai mungkin pengundi dan memaklumkan apa tawaran yang boleh diberi kerajaan negeri tadbiran BN-PH,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan  esok sebagai hari pengundian PRK Dun Pelangai bermula jam 8 pagi hingga 6 petang, dengan sembilan pusat mengundi membabitkan 30 saluran akan dibuka.

PRK itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam; Kasim Samat mewakili Perikatan Nasional (PN); dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasni.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun, 53, akibat nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor, pada 17 Ogos lalu – 6 Oktober, 2023.

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related