Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1696669135:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 266
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 121896
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:158:"Peningkatan akses kepada bekalan air bersih dan sanitasi merupakan Matlamat Pembangunan Mampan Nombor 6 (SDG 6) yang turut disokong oleh Kerajaan Persekutuan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Peningkatan akses kepada bekalan air bersih dan sanitasi merupakan Matlamat Pembangunan Mampan Nombor 6 (SDG 6) yang turut disokong oleh Kerajaan Persekutuan
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748877954";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:15;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748442752";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:21;i:1;i:14;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748877954
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => pembetungan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 57
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
'Putrajaya sediakan peruntukan besar, pastikan penyediaan infrastruktur pembetungan moden dan efisien' | Scoop

‘Putrajaya sediakan peruntukan besar, pastikan penyediaan infrastruktur pembetungan moden dan efisien’

Peningkatan akses kepada bekalan air bersih dan sanitasi merupakan Matlamat Pembangunan Mampan Nombor 6 (SDG 6) yang turut disokong oleh Kerajaan Persekutuan

4:58 PM MYT

 

BATU GAJAH – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menetapkan sasaran 95 peratus perkhidmatan Loji Rawatan Kumbahan Serantau (RSTP) di bandar-bandar utama di negara ini menjelang 2030.

Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia selaras dengan dasar membangunkan sektor pembetungan negara selari dengan kepesatan pembangunan serta memenuhi ekspektasi rakyat.

Beliau berkata peningkatan akses kepada bekalan air bersih dan sanitasi merupakan Matlamat Pembangunan Mampan Nombor 6 (SDG 6) yang turut disokong oleh Kerajaan Persekutuan.

“Oleh itu, bagi mencapai matlamat SDG 6, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan besar dalam memastikan perancangan penyediaan infrastruktur pembetungan yang moden dan efisien secara berperingkat di seluruh negara. 

“Ia merupakan keperluan asas kepada rakyat menjalani kehidupan yang lebih kondusif berdasarkan kepada prinsip keadilan sosial. Ini adalah sejajar dengan satu daripada Teras Strategik Utama Malaysia Madani iaitu menjamin kesejahteraan insan,” katanya berucap pada majlis perasmian RSTP Papan 2 di negeri Perak di Pusing di sini hari ini.

Nik Nazmi berkata pembinaan sistem rawatan kumbahan sempurna dan menaik taraf loji-loji rawatan sedia ada yang tidak efektif atau bersaiz kecil dan tiada keberkesanan kos, adalah antara tindakan dilaksanakan untuk mencapai tahap efluen yang mematuhi piawaian ditetapkan serta memenuhi keperluan pertambahan populasi negara.

Menurutnya, pembangunan perkhidmatan pembetungan di kawasan bandar yang berkepadatan tinggi adalah berlandaskan konsep serantau iaitu membina loji rawatan kumbahan dengan skala bersesuaian bagi menampung keperluan komuniti yang lebih ramai. 

“Kaedah ini dapat meningkatkan kecekapan secara skala ekonomi di samping mengurangkan pembinaan loji-loji kecil di kawasan pembangunan baharu,” katanya.

Dalam sidang media kemudiannya, Nik Nazmi berkata projek RSTP Papan 2 yang menelan kos sebanyak RM453 juta merangkumi kawasan tadahan seluas 195 kilometer persegi melibatkan tiga kawasan utama iaitu bandar raya Ipoh, Gunung Rapat dan Menglembu.

“Projek ini mampu memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 penduduk dan mampu menampung sehingga 900,000 penduduk. Jumlah penduduk setara bagi keseluruhan kawasan tadahan dianggarkan akan meningkat kepada 1.5 juta penduduk setara menjelang  2045,” katanya.

Menurut Nik Nazmi, pembinaan loji itu bukan sahaja dapat mengurangkan masalah sistem rawatan kumbahan sedia ada yang bersaiz kecil dan tidak efisien malah membolehkan penyambungan ke sistem rangkaian paip pembetungan daripada kawasan pembangunan baharu.

Sementara itu, mengulas mengenai keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini, Nik Nazmi berkata beliau akan memberi penerangan secara terperinci di Dewan Rakyat, Isnin depan.

“Saya akan bagi penerangan di Parlimen dan menjawab soalan-soalan yang akan dibangkitkan daripada wakil kerajaan dan pembangkang.

“Jadi, Isnin ini saya akan bagi kemas kini mengenai status terkini keadaan jerebu,” katanya. – 7 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

UiTM admission policy permanent: vice-chancellor reaffirms commitment to Bumiputera-only

He confirms no change in admission policy despite Malaysian Medical Association's appeal amid specialist shortage

SPM 2023 results out on May 27: MoE

Candidates can obtain results from respective schools starting 10am on announced date

Agong, queen extend New Year’s greetings

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah and Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah have extended their 2024 New Year’s Day greetings and prayers for the well-being of the people and the country.

Related