Kenapa Muhyiddin ‘mengamuk’ SPRM serbu firma guaman?: Puad

Beliau menegaskan, terdapat keperluan untuk SPRM mendedahkan berapa yuran diterima Rosli Dahlan daripada Bersatu selepas dilantik sebagai peguam 1MDB

10:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tuduhan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Kerajaan Perpaduan menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi tekanan kepada pembangkang, susulan serbuan ke atas firma guaman Rosli Dahlan Saravana (RDS), adalah tidak tepat dan berat sebelah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, ia memandangkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sebelum ini, bersikap ‘membisu’ selepas polis menyerbu rumah Datuk Seri Najib Razak dan ibunya, Tun Rahah Mohamed Noah.

“Muhyiddin marah bila SPRM serbu pejabat peguam peribadi dia, Rosli Dahlan. Bila Polis Diraja Malaysia (PDRM) serbu rumah Najib dan Tun Rahah, kamu diam.

“Eloklah SPRM serbu pejabat Rosli Dahlan. Rakyat pun mahu tahu bagaimana Rosli Dahlan dilantik peguam bagi 1Malaysia Development Bhd (1MDB)? Ada unsur kroni ke,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam pada itu, Puad menegaskan terdapat keperluan untuk SPRM mendedahkan berapa yuran diterima Rosli Dahlan daripada Bersatu selepas dilantik sebagai peguam 1MDB.

Jelasnya, ini kerana peguam kepada Muhyiddin itu pernah membuat laporan polis kerana mendakwa Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) memfitnahnya ada menyumbang yuran 1MDB kepada Bersatu.

“Dia juga buat laporan polis konon Lokman Adam fitnah dia terima fee (yuran) dari 1MDB sebanyak RM1.7 billion.

Rosli kata, dia terima lebih rendah daripada itu. Lebih rendah tu berapa? (RM) 500 juta atau 400 juta? dan adakah duit itu disumbang kepada Bersatu?,” soalnya.

Terdahulu, Muhyiddin menerusi ceramah ‘grand finale’ PN di Dataran Purnama di Bentong, malam tadi memaklumkan, serbuan itu jelas membuktikan tindakan tersebut satu bentuk salah guna kuasa.

“Hari ini (semalam), saya diberitahu peguam saya, SPRM datang serbu pejabat. Sebab apa lakukan di situ. Apa ada kena mengena (serbuan dilakukan) sedangkan mereka adalah peguam untuk mempertahankan diri saya.

“Apakah tujuan SPRM pergi ke sana, (ia) memberi satu gambaran seolah-olah ada sesuatu yang hendak mereka lakukan. Ini secara jelas bagi saya salah guna kuasa oleh pihak tertentu,” katanya

Sehubungan itu, Muhyiddin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menghentikan kezaliman terhadap pembangkang dan memberi tumpuan kepada ekonomi negara serta membantu rakyat. – 7 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Ringgit eases against dollar as Fed official’s comments dampen rate cut hopes

Local note at 4.6910/6950 versus greenback at 9am

Guru guna gambar ‘askar China’ pada poster dikenakan tindakan tatatertib: Fadhlina

Kementerian Pendidikan sudah mengambil tindakan tegas melalui siasatan Unit Integriti dan tindakan tatatertib terhadap guru itu

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Related