Kualiti udara terus merosot, 17 kawasan catat IPU tidak sihat

Bacaan IPU tertinggi direkodkan di Bukit Rambai, Melaka dan Batu Pahat, Johor masing-masing dengan 163

9:06 AM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Kualiti udara di beberapa kawasan di Semenanjung kembali merosot apabila 17 kawasan merekodkan bacaaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 8 pagi ini.

Berdasarkan data dalam laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU tertinggi direkodkan di Bukit Rambai, Melaka dan Batu Pahat, Johor masing-masing dengan 163 disusuli Nilai, Negeri Sembilan (161) dan Larkin, Johor (159).

Kualiti udara di empat kawasan di Lembah Klang iaitu Cheras (153), Putrajaya (139), Banting (115) dan Batu Muda (105) turut berada pada tahap tidak sihat.

Selain itu, kualiti udara tidak sihat turut direkodkan di Seremban(149) dan Port Dickson, Negeri Sembilan (153); Alor Gajah (157) dan Bandaraya Melaka (155), Melaka; Segamat (155), Pasir Gudang (153) dan Tangkak, Johor (155); Rompin, Pahang (116) dan Kemaman, Terengganu (108).

Sementara itu, 46 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana (bawah 100), manakala lima stesen lain merekodkan bacaan IPU yang baik (bawah 50).

Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. 

Orang ramai boleh melayari laman web http://apims.doe.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai bacaan IPU semasa.

Media sebelum ini melaporkan sejumlah 353 titik panas dikesan di Kalimantan dan 113 lagi di Sumatera, Indonesia, yang dijangka mengakibatkan jerebu di beberapa negara selatan Asean. – 8 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

What unfulfilled Bumiputera rights are you talking about, Kepong MP asks Muhyiddin

Lim Lip Eng slams Muhyiddin’s proposal for a Malay-Bumiputera 'umbrella body,' calling it unnecessary and vague

Related