Mahkamah putuskan suami dakwa ‘dimadukan’ isteri, masih kekal suami isteri

Dengan lafaz sumpah dibuat hari ini, mahkamah memutuskan defendan dan plaintif masih suami isteri yang sah kecuali plaintif hadir semula ke mahkamah dengan bukti baharu

3:33 PM MYT

 

TANAH MERAH – Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini memutuskan seorang peniaga bersama isterinya yang didakwa mempunyai dua suami, masih kekal sebagai suami isteri yang sah.

Hakim Ahmad Hariri Mohd Saad membuat keputusan itu selepas Rahaman K A Mohamed Jaafar, 47, membuat sumpah penafian bahawa beliau tidak pernah menceraikan isterinya, Wan Nor Shakirin Wan Abdul Razak, 32, dengan talak tiga seperti yang didakwa, sebelum ini.

“Dengan lafaz sumpah ini, mahkamah memutuskan defendan dan plaintif masih suami isteri yang sah kecuali plaintif hadir semula ke mahkamah dengan bukti baharu,” kata hakim itu.

Pada prosiding pengesahan lafaz cerai tersebut, Rahaman diwakili peguam Marzuqi Muhamad manakala Wan Nor Shakirin tidak diwakili peguam. 

Namun, Wan Nor Shakirin tidak hadir pada prosiding hari ini.

Wan Nor Shakirin sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Rahaman pernah melafazkan cerai talak tiga ke atasnya.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Oktober depan untuk satu lagi kes lain membabitkan permohonan cerai yang difailkan oleh Wan Nor Shakirin terhadap Rahaman.

Media sebelum ini melaporkan pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 2 Jan 2019 di Narathiwat, Thailand dan disahkan mengikut hukum syarak oleh mahkamah tersebut pada 6 Jun lalu serta didaftarkan di Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah. 

Bagaimanapun Rahaman mendapat maklumat daripada pihak Pejabat Agama Shah Alam, Putrajaya bahawa Wan Nor Shakirin sudah berkahwin lagi dengan seorang lelaki lain iaitu Mohd Kamarulazhar Ayob, 42, menyebabkan Rahaman memfailkan perintah faraq nikah terhadap perkahwinan pasangan itu. 

Pada 7 Ogos lepas, mahkamah memutuskan perintah faraq nikah sementara ke atas Wan Nor Shakirin dan Mohd Kamarulazhar sehingga kes pengesahan lafaz cerai antara Wan Nor Shakirin serta Rahaman selesai sebelum meneruskan semula kes tuntutan faraq nikah berkenaan. – 8 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related