Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1696844514:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 282
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 122560
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:132:"Polis belum lagi memutuskan bentuk tuduhan terhadap Roger Ng, sama ada berkaitan siasatan kes yang lama atau membuat siasatan baharu";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Roger Ng
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Polis belum lagi memutuskan bentuk tuduhan terhadap Roger Ng, sama ada berkaitan siasatan kes yang lama atau membuat siasatan baharu
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 62
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749587321";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:20;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749213927";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749587321
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Polis belum tentukan bentuk tuduhan ke atas bekas pegawai bank Goldman, Roger Ng | Scoop

Polis belum tentukan bentuk tuduhan ke atas bekas pegawai bank Goldman, Roger Ng

Polis belum lagi memutuskan bentuk tuduhan terhadap Roger Ng, sama ada berkaitan siasatan kes yang lama atau membuat siasatan baharu

5:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menentukan sebarang bentuk pertuduhan ke atas bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng, yang sudah dibawa balik ke negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia bergantung kepada siasatan lanjut polis dan setakat ini masih belum diperincikan.

“Ketika ini, polis belum lagi memutuskan bentuk tuduhan terhadap Roger sama ada berkaitan siasatan kes yang lama atau membuat siasatan baharu.

“Sebelum ini, siasatan terhadap Roger terhenti selepas dia dibawa ke Amerika Syarikat untuk pendakwaan kes 1 Malaysia Development Bhd (1MDB),” katanya pada sidang media selepas selesai sesi libat urus bersama badan pengurusan agama di Putrajaya, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan bahawa Roger sudah berada di Malaysia namun keberadaannya tidak didedahkan atas faktor keselamatan.

Roger sebelum ini telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun di New York kerana membantu menggelaplan berbilion dana 1MDB.

Mengulas lanjut, beliau berkata, keputusan kerajaan membawa balik Roger ke negara ini bertujuan untuk membantu mendapatkan semula aset daripada Goldman Sachs dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Agensi (penguat kuasa) dalam negara ini berpendapat ada keperluan Roger dibawa balik untuk diteruskan (siasatan), jadi mereka akan teruskan tugas mereka.

“..dan sehingga itu kita akan sentiasa berhubung dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) seperti mana DoJ selalu berhubung dengan kita sepanjang proses Roger dibawa ke mahkamah (di AS) dan sebagainya.

“Jadi ia bersifat ‘open-ended’ tertakluk kepada berapa cepat pihak berkuasa kita menjalankannya.

“Tapi objektif utama kita adalah bagaimana ia boleh membantu mengenai usaha mengambil kembali aset milik rakyat susulan pembabitan beliau (Roger) dalam Goldman,” katanya

Saifuddin berkata, keberadaan Roger di negara ini adalah hasil kerjasama DoJ dan Jabatan Peguam Negara yang diputuskan ketika di bawah bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara ketika itu memberi tempoh sehingga Februari depan kepada DoJ untuk menyelesaikan kes terhadap Roger.

“Bagaimanapun, kes itu dapat diselesaikan lebih awal dan Roger dipulangkan ke negara ini untuk siasatan seterusnya bagi pihak Malaysia,” katanya.

Ditanya berapa lama keberadaan Roger di negara ini, Saifuddin berkata, pihaknya tidak dapat menentukan tempoh berkenaan sebaliknya ia bergantung kepada siasatan polis.

“Tiada (tiada tempoh tertentu). Tertakluk kepada kepantasan pasukan pasukan agensi penguat kuasa kita,” katanya. – 9 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related