Polis Peru selamatkan 43 warga Malaysia jadi mangsa Macau Scam

Kesemua mangsa sudah menjalani proses siasatan dan akan dihantar pulang ke dalam masa terdekat

7:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 43 warga Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam diselamatkan polis Republik Peru pada Sabtu lalu.

Wisma Putra menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, satu serbuan dilakukan di sebuah rumah di La Molina, Lima sebelum kesemua warga Malaysia itu dikenalpasti serta diselamatkan.

“Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Lima telah melakukan lawatan konsular ke atas semua mangsa dan mendapati mereka berada dalam keadaan baik.

“Kesemua mangsa juga telah menjalani proses siasatan dan akan dihantar pulang ke Malaysia dalam masa terdekat,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Kedutaan Besar Malaysia di Lima akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan mengenai kes terbabit.

“Pihak terbabit juga akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada kesemua mangsa,” katanya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Lima di talian +51-1-422-0297, +51-1-441-1939, +51-1-441-0795 atau e-mel ke mwlima@kln.gov.my. – 9 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related