Malaysia agak lewat bangunkan infrastruktur di sempadan Sabah, Sarawak-Indonesia: PM

Perdana Menteri berkata kelewatan itu antara lain disebabkan peruntukan RM1 bilion bagi pembangunan infrastruktur asas dan keselamatan di situ baru sahaja diluluskan tahun ini

3:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pembangunan di sempadan sebelah Malaysia di Sabah dan Sarawak agak lambat berbanding sebelah Indonesia, susulan pemindahan ibu negara republik itu dari Jakarta ke Nusantara, Kalimantan Timur.

Beliau berkata kelewatan itu antara lain disebabkan peruntukan RM1 bilion bagi pembangunan infrastruktur asas dan keselamatan di situ baru sahaja diluluskan tahun ini.

Namun, setiap kementerian terlibat telah diarahkan agar menyegerakan perkara yang patut,  kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata beliau juga meminta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof untuk memantau dan menyelaraskan projek pembangunan untuk Sabah dan Sarawak, seperti pembinaan projek lebuh raya Pan Borneo selain segala projek di bawah peruntukan RM1 bilion berkenaan.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (GRS-Keningau) Perdana Menteri berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM1 bilion bagi pembangunan kawasan sempadan di Sabah dan Sarawak bagi mempercepat pembangunan infrastruktur asas dan keselamatan.

Ini termasuk pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS), pos keselamatan dan lain-lain bagi memastikan pembangunan sempadan di negara ini adalah setara dengan pembangunan sempadan di negara-negara jiran.

Anwar berkata, pada tahun ini, kerajaan turut meluluskan sejumlah 17 projek sempadan iaitu lapan di Sabah dengan kos projek RM82.2 juta dan sembilan di Sarawak dengan kos projek RM88.2 juta untuk dimulakan segera. – 10 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related