Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1696923668:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 122916
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:137:"Kerajaan juga sentiasa cakna terhadap perkembangan serta kemajuan mualaf dari semasa ke semasa dan mengiktiraf pencapaian yang diperolehi";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => anwar
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Beliau berkata kerajaan juga sentiasa cakna terhadap perkembangan serta kemajuan mualaf dari semasa ke semasa dan mengiktiraf pencapaian yang diperolehi.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 51
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 289
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1746817938";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1746817938
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Penyebaran pemahaman Islam yang tepat elak salah tanggapan: PM | Scoop

Penyebaran pemahaman Islam yang tepat elak salah tanggapan: PM

Kerajaan juga sentiasa cakna terhadap perkembangan serta kemajuan mualaf dari semasa ke semasa dan mengiktiraf pencapaian yang diperolehi

3:41 PM MYT

 

BANGI – Penyebaran tentang pemahaman Islam yang tepat dapat meningkatkan keyakinan Muslim terhadap agamanya serta mampu memberi kejernihan fikiran kepada golongan bukan Islam berkaitan Islam agar tidak wujud salah tanggapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Islam merupakan agama indah yang mampu memberi kebahagiaan hakiki kepada setiap insan tanpa mengira kaum sama ada Melayu, Cina, India, Orang Asli atau lain-lain, kedudukan sama ada kaya, miskin, berjawatan atau di mana mereka berada melalui panduan lengkap sebagai mana tertera di dalam Al-Quran dan al-hadis.

“Keindahan Islam hanya dapat dirasai sekiranya seseorang itu benar-benar memahami, mengamali serta menghayati setiap kandungan ajarannya yang sejati tanpa ada bercampur baur dengan fahaman yang boleh mengelirukan dan boleh menjerumuskan kesucian agama Islam kepada bentuk negatif seperti perpecahan, kebencian dan kemunduran,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam ucapannya pada Konvensyen Mualaf MADANI Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) bersama-sama majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sentiasa bekerja keras dalam memastikan Islam sebenar disebarkan di negara ini.

“Ia selaras dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana termaktub pada Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan (1) iaitu Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan,” kata beliau.

Anwar berkata usaha penyebaran Islam dapat dilihat melalui peranan petugas barisan hadapan Jakim serta majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri antaranya Penggerak Masyarakat Orang Asli, mubaligh dan guru agama.

“Mereka yang ditempatkan seluruh negara walaupun dengan gred perjawatan rendah serta sebahagiannya bertaraf kontrak sentiasa berusaha melaksanakan tugas memberi penerangan berkaitan Islam dengan amat baik.

“Ada antaranya sanggup merentas hutan belantara dengan hanya berkenderaan motosikal atau berjalan kaki, bekerja tanpa mengira waktu malam atau siang dan tidak hirau dengan cuaca hujan mahupun panas demi memastikan pemahaman Islam sebenar mampu sampai kepada setiap warga yang berada di bumi Malaysia,” kata beliau.

Anwar berkata kebajikan mereka yang memikul amanah tersebut akan diberi perhatian sebaiknya oleh kerajaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jakim tanpa ada yang tercicir menikmati kemudahan yang ditetapkan.

Perdana Menteri berkata kerajaan melalui Jakim bersama-sama majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri sentiasa ingin memastikan mualaf yang ada mampu menjadi mukalaf terbaik dan ia dapat dilihat melalui penganjuran aktiviti yang bermanfaat serta dapat memberi impak terbaik kepada mualaf dan negara.

Beliau berkata kerajaan juga sentiasa cakna terhadap perkembangan serta kemajuan mualaf dari semasa ke semasa dan mengiktiraf pencapaian yang diperolehi.

“Mualaf di Malaysia semakin bertambah bilangannya dari tahun ke tahun dan ini merupakan satu perkembangan positif yang perlu dipastikan berterusan serta tidak terhenti,” katanya.

Beliau berkata Konvensyen Mualaf MADANI Peringkat Kebangsaan hari ini adalah antara inisiatif di mana mualaf diberi ruang berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta pencapaian terbaik mereka diiktiraf melalui penganugerahan berdasarkan beberapa kriteria.

Konvensyen sehari itu disertai lebih 700 peserta yang terdiri daripada wakil kepimpinan masyarakat Orang Asli Islam, mualaf bandar, pinggir bandar dan pedalaman merentas kaum serta pihak-pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, dan NGO.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid melancarkan aplikasi Glosari Bahasa Isyarat Islam (i-SIGN) sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun Institut Latihan Islam (ILIM), khusus bagi komuniti orang kurang upaya (OKU) pendengaran. – 10 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Umur persaraan hakim syarie dicadang dinaikkan kepada 66 tahun

Umur persaraan Hakim Mahkamah Syariah di negara ini, dicadang dilanjutkan daripada 60 tahun kepada 66 tahun ketika ini.

Trailer filem pelakon Tamil Vijay raih 1 juta tanda suka dalam 21 minit di YouTube

Dalam satu pencapaian yang luar biasa, trailer filem terbaharu pelakon Tamil Vijay bertajuk Leo telah memecahkan rekod dengan menjadi trailer filem India yang paling pantas mendapat sejuta tanda suka di YouTube

Pembangkang patut semak imbang Kerajaan Perpaduan secara munasabah, ‘laksana tanggungjawab moral anda’: Najwan

Pembangkang dicabar memainkan peranan mereka sebaik mungkin untuk melakukan ‘semak dan imbang’ dengan munasabah dalam situasi kestabilan pentadbiran ditunjukkan Kerajaan Perpaduan ketika ini

Related