Remaja pura-pura diculik selepas diugut scammer, minta wang tebusan RM300,000

Setakat ini polis menerima dua kes menggunakan taktik yang sama dan ia disiasat di bawah Seksyen 31 Kanun Keseksaan

6:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang remaja berusia 18 tahun terpaksa ‘berpura-pura’ diculik kerana ketakutan selepas diugut oleh scammer yang menyamar sebagai polis dan mendakwa dia memiliki parcel mengandungi dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) , Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata, pada 3 Oktober lalu, ibu mangsa telah membuat laporan bahawa anaknya telah diculik dan penculik meminta wang tebusan sebanyak RM300,000.

Hasil siasatan, katanya, polis berjaya menyelamatkan remaja terbabit pada 5 Oktober lalu.

Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati remaja itu terpaksa berpura-pura diculik kerana ketakutan selepas diugut oleh scammer dan dia diminta memindahkan wang ke dalam dua akaun bagi mengelakkan diri daripada ditangkap.

“Remaja tersebut mula memasukkan duit ke dalam akaun terbabit sejak 30 September sehingga 3 Oktober lalu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM283,000. Apabila tiada duit, dia diarahkan untuk bersembunyi dan berpura-pura diculik.

“Mangsa kemudiannya menyewa satu tempat untuk bersembunyi. Selepas kita berjaya mendapatkannya, kita siasat dan rupa-rupanya tiada langsung wujud elemen diculik sebaliknya mangsa terlalu takut sehingga sanggup menyamar diculik kerana mengikut arahan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Mengulas lanjut, Shuhaily berkata, siasatan lanjut membawa kepada penahanan dua lelaki berusia 32 dan 34 tahun di Pulau Pinang.

“Pada mulanya kita menahan seorang lelaki yang telah mengeluarkan wang di Pulau Pinang dan susulan itu, seorang lagi lelaki berjaya ditangkap. Kedua-dua suspek walaupun mengenali satu sama lain namun tidak pernah bertemu.

“Kes ini menggunakan modus operandi sama yang terjadi kepada seorang perempuan muda, Julai lalu,’’ katanya.

Setakat ini, kata Shuhaily polis menerima dua kes menggunakan taktik yang sama dan ia disiasat di bawah Seksyen 31 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pada sidang media yang sama, Shuhaily berkata, polis berjaya menangkap 1,871 orang yang terlibat dalam kegiatan judi atas talian serta ekor secara haram sepanjang 1,785 serbuan menerusi Op Dadu Khas di seluruh negara mulai 22 September sehingga 5 Oktober lalu. 

Dalam operasi selama dua minggu yang melibatkan operasi judi dalam talian, polis telah merampas wang tunai, kelengkapan komputer dan telefon bimbit bernilai RM513,025 manakala bagi loteri awam tanpa lesen bernilai RM679,816,” katanya. – 11 Oktober, 2023.

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related