Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1697071981:16
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 123486
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 16
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:175:"Penggantungan itu susulan syarikat penerbangan berkenaan berdepan masalah kewangan ketara, namun ia giat berusaha menangani isu terbabit dan meneruskan operasi secepat mungkin";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => MYAirline
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Syarikat penerbangan tambang rendah, MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini, hingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 67
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 309
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752165308";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:3;i:1;i:16;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752165308
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_wp_old_slug] => Array
        (
            [0] => berdepan-masalah-kewangan-myairline-gantung-operasi-bermula-hari-ini
        )

)
MYAirline gantung operasi bermula hari ini | Scoop

MYAirline gantung operasi bermula hari ini

Penggantungan itu susulan syarikat penerbangan berkenaan berdepan masalah kewangan ketara, namun ia giat berusaha menangani isu terbabit dan meneruskan operasi secepat mungkin

8:49 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang rendah, MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini, hingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Lembaga Pengarah MYAirline memaklumkan, keputusan itu diambil susulan syarikat terbabit kini mengalami masalah kewangan ketara.

Katanya, penggantungan operasinya itu juga dilakukan sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan syarikat penerbangan berkenaan kembali dilakukan.

“Kami amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami memahami kesannya terhadap penumpang setia kami, pekerja serta rakan kongsi kami yang berdedikasi,” katanya.

Pada masa sama, kenyataan itu memaklumkan pihak syarikat sudah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk meneroka pelbagai pilihan perkongsian dan pengumpulan modal, bagi mengelakkan penggantungan ini.

“Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tidak mempunyai alternatif selain mengambil keputusan ini.

“Kami memahami kesulitan yang mungkin timbul dan kami komited untuk membantu anda melalui situasi ini.

“Penumpang yang terjejas dinasihatkan tidak ke lapangan terbang dan mencari pengaturan perjalanan alternatif ke destinasi mereka,” katanya.

Pada masa sama, kenyataan itu memaklumkan, lembaga pengarah, pemegang saham dan semua warga MYAirline akan berkerja keras untuk meneruskan operasi secepat mungkin.

Bagaimanapun, katanya, pada peringkat ini pihak syarikat tidak dapat memberikan komitmen kepada sebarang garis masa.

“Sila hubungi kami di customercare@myairline.my, dan pasukan sokongan kami akan bersedia untuk memberikan bantuan mereka,” katanya.

MYAirline ditubuhkan pada 11 Januari 2021, sebelum ia memulakan penerbangan sulungnya pada 1 Disember 2022.

Syarikat berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu ditubuhkan sebagai memberi lebih pilihan kepada orang ramai dan menggalakkan bidang penerbangan di Malaysia. – 12 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Cuepacs sokong syor tiada kenaikan pangkat jika ketua jabatan tutup mata amalan rasuah

Pmbaharuan yang dilaksanakan Perdana Menteri itu tidak menggambarkan salah laku yang tinggi dalam perkhidmatan awam, sebaliknya hanya usaha untuk mentransformasikan perkhidmatan awam ke arah lebih baik

Teresa persoal kenapa polis tidak siasat Prof Teo Kok Seng meskipun keluarkan kenyataan rasis?

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini mempersoalkan mengenai kriteria yang digunakan oleh polis untuk membuka siasatan terhadap ahli politik terutama melibatkan dakwaan hasutan

Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo dipanggil untuk rakam percakapan esok

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata, rakaman percakapan untuk Chegubard dan Salim Iskandar akan dijalankan di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya manakala Papagomo pula di Balai Polis Setapak

Related