Abang Johari nafi anak akan ambil alih MYAirline, ‘dia tidak tahu-menahu’

Beliau berkata, kerajaan Sarawak tetap dengan fokus untuk mengambil alih syarikat penerbangan MASwing, selain tidak pernah beralih ke syarikat penerbangan lain

2:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg menafikan spekulasi kononnya anak beliau akan mengambil alih operasi MYAirline, susulan masalah kewangan dialami syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Malah, beliau menegaskan anaknya, Abang Abdillah Izzarim tidak tahu menahu berhubung isu pengambilalihan itu.

Katanya, perkara itu memang tidak pernah dirancang mana-mana pihak di Sarawak, termasuk kerajaan negeri berkenaan.

“Apa yang berlaku (spekulasi) ialah anak saya ke sana (Kuala Lumpur) bersama rakannya dan mereka menghadiri sesi dialog syarikat.

“Orang nampak anak saya lalu terus buat andaian. Kini anak saya serba salah, nak jalan (keluar) pun susah, semua orang perhati (memerhatikannya),” katanya seperti dilapor media.

Abang Johari berkata, kerajaan Sarawak tetap dengan fokus untuk mengambil alih syarikat penerbangan MASwing.

“Kerajaan Sarawak tidak pernah beralih ke syarikat penerbangan lain,” katanya.

Terdahulu, timbul ura-ura Abang Abdillah Izzarim yang juga seorang ahli perniagaan berpengkalan di Sarawak, sedang mengambil langkah awal ke atas MYAirline dalam usaha menyelamatkan syarikat berkenaan yang kini berdepan kemelut kewangan.

Dakwaan dibuat sumber industri itu memaklumkan, Abang Abdillah Izzarim sedang menjalankan proses terbabit bersama pasukannya, bagi mencapai keputusan mengenai kemungkinan mengambil alih kepentingan dalam syarikat penerbangan berkenaan yang sudah beroperasi sejak setahun lalu.

“Abang Abdillah bukan sahaja menilai syarikat penerbangan baharu itu, malah melihat kepada usaha mengadakan kerjasama dengan syarikat yang kukuh, memandangkan terdapat peluang untuk mereka meraih kejayaan.

“Beliau juga kini sedang mengkaji beberapa syarikat penerbangan dan kemajuan boleh diperoleh untuk melabur dalam industri yang mempunyai cabaran tersendiri,” menurut sumber itu.

Terdahulu, MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini, hingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Lembaga Pengarah MYAirline memaklumkan, keputusan itu diambil susulan syarikat terbabit kini mengalami masalah kewangan ketara.

Katanya, penggantungan operasi itu juga dilakukan sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan syarikat penerbangan berkenaan kembali dilakukan.

“Kami amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami memahami kesannya terhadap penumpang setia kami, pekerja serta rakan kongsi kami yang berdedikasi,” kata MYAirline menerusi kenyataan. – 12 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related