Kerajaan cadang laksana tidal flow di Lebuhraya Sungai Besi-Seremban bermula Nov ini

Kajian secara dalam talian akan dijalankan untuk mengukur tahap kepuasan pengguna terhadap pelaksanaan tidal flow di Lembah Klang dan dibentang dalam Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya kelak

9:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang melaksanakan tidal flow di Lebuhraya Sungai Besi-Seremban bermula dari Persimpangan Astro ke jarak 200 meter sebelum Terowong SMART pada November ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bagaimanapun, kajian lanjut akan dilaksana oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk meneliti pelaksanaannya.

“Kerajaan akan melaksanakan kajian secara dalam talian untuk mengukur tahap kepuasan pengguna terhadap pelaksanaan tidal flow di Lembah Klang dan dibentang dalam Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya kelak,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. 

Beliau berkata perkara itu antara yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya Bilangan 2/2023, yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Loke juga berkata tiga lorong bas baharu sekitar ibu negara akan disediakan dan dijangka mula dilaksanakan November ini melibatkan Jalan Cheras-Loke Yew dengan jarak 11.5 kilometer (km), Jalan Kuching (5.7km) serta Jalan Genting Klang (8.7km).

“Kita juga akan menambah baik dan memperluas pelaksanaan laluan khas bas sedia ada iaitu di Jalan Ampang mulai 16 Okt ini,” katanya.

Beliau berkata mesyuarat juga bersetuju dengan cadangan untuk menaik taraf 356 bus pole kepada hentian bas berbumbung yang akan dilaksana secara berperingkat dengan kerjasama antara pihaknya, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lmpur dan Prasarana.

Loke berkata mesyuarat turut bersetuju melaksanakan pembinaan laluan pejalan kaki baharu di 36 lokasi yang telah dikenal pasti yang juga akan dilaksana secara berperingkat.

Katanya mesyuarat juga bersetuju dengan cadangan penggabungan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya dan Jawatankuasa Kabinet Keselamatan Jalan Raya menjadi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya. – 12 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Related