Bajet 2024: RM44 bilion bagi pinjaman, jaminan pembiayaan usahawan PMKS

Di bawah BNM juga, sejumlah RM8 bilion dana pinjaman disediakan untuk menyokong syarikat PKS dengan RM600 juta untuk bantu perusahaan mikro dan usahawan berpendapatan rendah, kontraktor kecil, penerapan amalan kelestarian dan sektor berkaitan keterjaminan makanan

5:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM44 bilion diperuntukkan tahun depan bagi pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk manfaat usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tentunya, usahawan PMKS disediakan kemudahan pinjaman kecil dengan dana keseluruhan RM2.4 bilion di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia (BNM),Bank Simpanan Nasional (BSN)dan TEKUN.

“RM1.4 bilion di bawah pinjaman mikro BSN adalah untuk membantu menyediakan modal perniagaan, pembelian peralatan, premis serta pemasaran kepada penjaja dan pengusaha kecil- kecilan.

“RM330 juta di bawah TEKUN juga adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada peniaga kecil seperti pengusaha batik dan kraf, usahawan Orang Asli serta Bumiputera Sabah dan Sarawak.

“RM30 juta daripadanya disediakan khusus untuk membiayai perniagaan diusahakan masyarakat India.

“Daripada jumlah keseluruhan ini, sebanyak RM720 juta dikhaskan untuk menggalakkan golongan wanita dan belia menceburi bidang perniagaan,” katanya pada pembentangan Bajet 2024 di Parlimen hari ini.

Tambah Anwar yang juga Menteri Kewangan, di bawah BNM juga, sejumlah RM8 bilion dana pinjaman disediakan untuk menyokong syarikat PKS dengan RM600 juta untuk bantu perusahaan mikro dan usahawan berpendapatan rendah, kontraktor kecil, penerapan amalan kelestarian dan sektor berkaitan keterjaminan makanan,” katanya – 13 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related