Bajet 2024: Kerajaan sedang teliti respon, langkah perhalusi belanjawan

Anwar berkata, sekiranya situasi semasa memerlukan belanjawan itu diperbaiki, kerajaan akan melaksanakannya

9:18 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, kerajaan sedang meneliti respon berhubung Bajet 2024 dan mengenal pasti beberapa langkah untuk memperbaikinya.

Perdana Menteri berkata, belanjawan dibentang itu adalah kerjasama pasukan dan disiapkan serta direncana dalam keadaan kemelut ekonomi yang agak getir dengan defisit dan hutang.

“Mengenai belanjawan, kita sedang teliti respon dan beberapa langkah yang perlu kita perbaiki.

“Apapun ikhtiar kita lakukan sebaiknya, apa pun kalau ada beberapa langkah baharu perlu diperbaiki, kita akan perbaiki semula,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini

Menteri Kewangan itu berkata, terdapat perkara membabitkan beberapa kementerian kurang mendapat penekanan, berikutan kekangan masa ketika pembentangan belanjawan itu.

“Oleh kerana masa dan KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) minta sangat-sangat selepas runding dengan menteri dan minta masukkan (input) kementerian masing-masing, dia (bajet) terlalu panjang.

“Jadi JPM, Kementerian Kewangan, Kementerian Luar, Kementerian Ekonomi itu kurang mendapat penekanan sebab saya terpaksa ringkaskan, kalau tidak sampai magrib, masa dah nak habis.

“Mungkin dalam peluang lain saya akan ulas, tapi selalu saya tekankan ia adalah kerja pasukan,” katanya.

Anwar berkata, belanjawan itu masih dapat direncanakan sebaik mungkin, biarpun dalam keadaan kemelut ekonomi agak getir dengan defisit dan hutang.

“Untuk memberi lebih tidak mungkin kerana kekangan kewangan, kalau terlalu kita terikat dengan kewangan akan sengsara rakyat. Jadi bagaimana kita dapat merangka belanjawan yang boleh mengimbangi kekuatan atau permasalahan.

“Itulah sebabnya bagi saya kalau soal pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat, tidak boleh dikorbankan.

“Sebab itu dengan segala kekangan peruntukan untuk pendidikan, kesihatan, prasarana asas rakyat itu diberi tumpuan, tapi kosnya agak tinggi,” katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kejayaan penjawat awam, pelaksana, Kementerian Pendidikan dan kementerian lain, termasuk perkhidmatan awam diraih kerana kemampuan kerajaan melaksanakan usaha dengan baik.

“Contohnya siapa boleh jangka, lebih 8,600 tandas (sekolah) boleh kita selesaikan dalam beberapa bulan. Maknanya kalau ada komitmen, iltizam, tekad dan ikhlas, hal tertangguh puluhan tahun boleh diselesaikan dalam lima, enam bulan.

“Saya yakin kalau kita dapat bawa balik semangat dalam kalangan pimpinan dan penjawat awam, kita boleh mencipta sejarah baharu serta mengangkat martabat negara ini. Ini keyakinan saya dan lihat sudah ada bibit awal ke arah itu,” katanya. – 16 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related