Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1697529594:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 387
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 125584
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-104447
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-104447
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:93:"Sekiranya tidak diteliti semula, ia dikhuatiri membebankan pihak berkaitan, terutama pengguna";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => DuitNow
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Tegasnya, justeru justifikasi bank bahawa ia perlu menanggung kos keselamatan siber itu tidak masuk akal.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 57
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752030666";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:3;i:1;}}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752184391";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:21;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752184391
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Teliti semula SST, kecualikan caj QR DuitNow, ‘cukuplah keuntungan bank melambung tinggi’ | Scoop

Teliti semula SST, kecualikan caj QR DuitNow, ‘cukuplah keuntungan bank melambung tinggi’

Sekiranya tidak diteliti semula, ia dikhuatiri membebankan pihak berkaitan, terutama pengguna

3:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran meneliti semula perluasan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada enam kepada lapan peratus berhubung beberapa perkhidmatan, bagi mengelakkan ia mengundang kebimbangan pelbagai pihak, khususnya rakyat.

Perkhidmatan itu membabitkan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke.

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, sekiranya tidak diteliti semula, dikhuatiri membebankan pengguna susulan kenaikan cukai berkenaan serta merta, sekali gus menyebabkan kos perniagaan mengalami peningkatan.

“Saya memberi contoh mengenai perkhidmatan logistik dikenakan SST lapan peratus ini. Jika perkhidmatan logistik dikenakan cukai itu, saya rasa harga barang pasti akan naik.

“Misalnya, syarikat logistik akan dikenakan SST lapan peratus, sebelum ini tiada, barangan dibawa dari pelabuhan sampai ke kedai.

“Peningkatan kos akibat cukai berkenaan siapa tanggung? Walaupun kerajaan umum syarikat logistik layak mendapat diesel bersubsidi, tapi kenaikan itu tetap kena ditanggung pengguna,” katanya ketika perbahasan sempena Bajet 2024 di Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Ka Siong menegaskan, wujud keperluan untuk kerajaan meneliti secara terperinci Cukai Keuntungan Modal (CGT) bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus yang akan berkuatkuasa pada 1 Mac, tahun hadapan.

Presiden MCA itu menjelaskan, perkara berkenaan tidak terpakai kepada syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia dan dikhuatiri saham pihak terbabit akan jatuh menjunam.

Namun, katanya, apabila ‘unlisted shares’ dikenakan CGT, pasti banyak Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia (SME) mengeluh dan merasa tidak adil kenapa terdapat perbezaan layanan dua darjat atau double standard.

“Pada masa sama, saya rasa wajar kerajaan mempertimbang untuk menaikkan amaun pelepasan diri dan tanggungan bagi pembayar pendapatan individu daripada RM9,000 kepada RM12,000 atau bersamaan RM1,000 sebulan.

“Kenaikan itu memandangkan jumlah sedia ada tidak lagi realistik, malah pertambahan terbabit bagi menggambarkan senario kehidupan rakyat yang sebenar pada hari ini.

“Saya yakin peningkatan amaun pelepasan diri dan tanggungan akan membantu golongan B40 dan M40 yang amat terkesan dengan inflasi,” katanya.

Sementara itu, Ka Siong menyeru kerajaan Persekutuan meneruskan pengecualian caj, iaitu kadar diskaun peniaga (MDR) bagi pengguna kod DuitNow QR yang kebanyakannya terdiri daripada peniaga.

Menurutnya, aplikasi DuitNow QR tidak membabitkan kos penyelenggaraan kepada bank dan sekiranya urusniaga dibuat secara tunai, bank perlu menyediakan juruwang untuk menerima wang tunai dan mesin ATM yang memerlukan kos pengoperasian.

Tegasnya, justeru justifikasi bank bahawa ia perlu menanggung kos keselamatan siber itu tidak masuk akal.

“Itu memang tanggungjawab bank melindungi pelanggannya.

“Tanpa DuitNow QR, kos keselamatan siber tetap wujud, selain syarikat PayNet dimiliki Bank Negara Malaysia (BNM) bersama-sama dengan 11 bank tempatan lain. Cukuplah keuntungan bank dah melambung tinggi,” katanya. – 17 Oktober, 2023.

Topics

 

Hangat

E-hailing driver lured to palm plantation before being murdered, prosecution reveals

The prosecution in the trial of six policemen and a civilian who are charged with killing an e-hailing driver will adduce to show that the murder took place on January 13, 2023, where the deceased was lured out of a hotel in Tawau and ordered to drive with others in a car to an oil palm plantation where he was killed.

Gobind calls for new laws to hold platform owners responsible after Esha’s tragic death

Minister emphasises urgency of addressing cyberbullying, stressing need for immediate and firm action in such cases

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Related