Pengasas bersama syarikat penerbangan ditahan

Datuk berkenaan yang berusia 57 tahun bersama isteri dan anaknya ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada 5.30 petang semalam

8:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ serta isteri dan anak lelakinya. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Datuk berkenaan yang berusia 57 tahun bersama isteri, 55, dan anaknya, 26, ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada 5.30 petang,” katanya, malam tadi.

Beliau berkata, polis akan membuat permohonan reman hari ini. – 18 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related