Hasil daripada kenaikan cukai perkhidmatan akan dikembalikan kepada rakyat: Ahmad Maslan

Ia akan dikembalikan kepada rakyat menerusi beberapa inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 baru-baru ini

3:59 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Hasil yang diperoleh melalui kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus akan dikembalikan kepada rakyat menerusi beberapa inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahmad berkata beliau mengambil maklum tentang pelbagai pandangan yang diutarakan mengenai kenaikan cukai perkhidmatan itu termasuk ketika perbahasan di Dewan Rakyat namun menegaskan langkah itu adalah bertujuan untuk mereformasikan ekonomi negara.

“Ia bukan sia-sia, hasilnya dipulangkan kepada rakyat,” katanya pada sidang media selepas melancarkan sistem MySawit, MyExcise Fasa Dua dan Cubic kelolaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), di sini, hari ini.

Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Okt lepas berkata kadar cukai perkhidmatan akan dinaikkan kepada lapan peratus berbanding enam peratus ketika ini namun tidak melibatkan makanan, minuman dan telekomunikasi.

Sementara itu, Ahmad berkata, ketiga-tiga sistem JKDM yang dilancarkan itu akan menekankan kepada keberkesanan dan kecekapan cara bekerja dengan menggunakan inovasi teknologi serta menambah baik prosedur kerja.

“Sistem tersebut akan mula beroperasi serta-merta dan harapan kita ialah dengan adanya sistem ini, ia boleh memberikan ketangkasan dari segi sudut kerja kastam dan apabila kita guna kaedah digital, maka ia akan mengurangkan ketirisan dan menambahkan hasil,” katanya.

Beliau berkata JKDM menetapkan sasaran penambahan kutipan hasil sebanyak RM1.5 bilion pada  2023.

Kutipan cukai Kastam bagi 2022 dilaporkan berjumlah RM53.54 bilion, meningkat 25.97 peratus atau RM11.03 bilion berbanding kutipan pada 2021.

MySawit merupakan sistem untuk membantu pengeluar kelapa sawit yang mempunyai ladang dengan keluasan tidak kurang daripada 40.46 hektar untuk berdaftar dengan JKDM di bawah Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 manakala MyExcise merupakan sistem yang digunakan oleh pengilang untuk permohonan lesen dan pembayaran duti eksais secara dalam talian.

Cubic pula adalah sistem carian maklumat kenderaan import sepenuhnya (CBU) yang akan digunakan oleh pegawai pentaksir kenderaan dan syarikat berkaitan. – 20 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Leaked gas vapours easily ignited, leading to massive explosion in Putra Heights: fire expert

KUALA LUMPUR – The gas pipeline fire in Putra Heights, Subang Jaya, today is believed to have been caused by a “boiling liquid expanding vapour explosion” (BLEVE), according to a retired senior...

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related