Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1697859820:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 249
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 127051
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:95:"Menurutnya, jika PAS memenangi semula kerusi Kemaman, keputusan itu tidak akan mengubah apa-apa";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => PRK
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Malah katanya, seandainya PAS memenangi semula kerusi Kemaman, keputusan itu tidak akan mengubah apa-apa kerana ia langkah kamikaze.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 54
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751555535";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:15;i:2;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751555535
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

)
Letak Tun M calon PRK Kemaman bukan tiket PAS ke Putrajaya, ia langkah kamikaze: Puad | Scoop

Letak Tun M calon PRK Kemaman bukan tiket PAS ke Putrajaya, ia langkah kamikaze: Puad

Menurutnya, jika PAS memenangi semula kerusi Kemaman, keputusan itu tidak akan mengubah apa-apa

10:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Mohd Puad Zarkashi menyindir kenyataan mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai batu loncatan PAS untuk menawan Putrajaya.

Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman tidak akan menjadi tiket PAS ke Putrajaya sekiranya Dr Mahathir diletakkan sebagai calon di kerusi tersebut.

Malah katanya, seandainya PAS memenangi semula kerusi Kemaman, keputusan itu tidak akan mengubah apa-apa kerana ia langkah kamikaze.

Tun Mahathir Mohamad (tiga kanan) ketika menjadi undangan khas di Perasmian Muktamar PAS di IDCC Shah Alam, semalam. – Gambar Alif Omar/Scoop, 21 Oktober, 2023

“Itu pandangan Salleh Said Keruak. Memang lucu. PAS macam tiada tokoh jadi Perdana Menteri. Sanggupkah PAS dicemari macam Tun M cemari Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan?” soalnya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, tindakan tersebut juga akan menyebabkan Perikatan Nasional (PN) berpecah.

“(Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan Bersatu pasti tersinggung. PAS yakin jual nama Mahathir lebih untung dari jual nama Muhyiddin,” katanya.

Pada masa sama, Puad turut mempertikaikan tindakan empat kerajaan negeri ditadbir PAS atau ‘State-Goverment 4’ (SG4) yang melantik mantan Perdana Menteri itu sebagai penasihat ekonominya.

“Apa kelebihan lantik Tun M jadi penasihat empat negeri? Ekonomi tambah baik? Pelabur masuk? Baik (Datuk Seri Muhammad) Sanusi (Md Nor) dari Mahathir. Hang b**,” katanya.

Terdahulu, Salleh Keruak mendakwa PRK Kemaman satu-satunya cara untuk mengembalikan Dr Mahathir ke Parlimen, seiring cita-cita PAS untuk menawan semula Putrajaya.

Katanya lagi, Dr Mahathir juga boleh menjadi calon Perdana Menteri bagi kerajaan PN.

Bagaimanapun semalam, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan Dr Mahathir tidak dicalonkan dalam PRK Kemaman yang akan datang.

Sebahagian perwakilan PAS dilihat mula memenuhi dewan di mana berlangsungnya Perasmian Muktamar PAS di IDCC Shah Alam, semalam. – Gambar Alif Omar/Scoop, 21 Oktober, 2023

Walaupun proses memuktamadkan calon sedang dalam perbincangan, Hadi berkata, adalah tidak munasabah untuk mencalonkan Dr Mahathir dalam pilihan raya berkenaan.

Pada 26 September lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias Hamid yang mewakili PAS selepas pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pada 3 Oktober lalu, PAS memutuskan untuk tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan petisyen Parlimen Kemaman yang membatalkan kemenangan parti itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Kemaman berlangsung 2 Disember dengan pengundian awal ditetapkan pada 28 November manakala penamaan calon 18 November. – 21 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Isa Samad corruption case: judge says prosecution presented conflicting narratives

The Court of Appeal today ruled that the prosecution in Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad’s corruption case involving RM3 million over the agency’s purchase of Merdeka Palace Hotel & Suites in Kuching, Sarawak, has presented two different narratives of its case.

Mengapa bil elektrik melonjak naik? Ini sebabnya…

Sejak bermulanya pandemik Covid-19, industri tenaga di seluruh dunia berdepan dengan cabaran satu demi satu gangguan dan juga krisis. 

A convenient fix or debt trap? Youth weigh in on buy now, pay later option

University students share benefits and drawbacks of using scheme, especially with limited budget

Related