MCA: Pemuda lulus sembilan resolusi, wanita tujuh

Pemuda MCA mahu kerajaan terus menangani cabaran ekonomi selain berterusan mengambil langkah untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat

8:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak sembilan resolusi yang merangkumi hal ehwal parti dan sayap Pemuda MCA, ekonomi, hal ehwal kerajaan dan pendidikan diluluskan pada Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-59 yang berlangsung hari ini.

Ia diluluskan 390 perwakilan selepas dibahaskan oleh 11 perwakilan dari sembilan negeri.

Mengenai ekonomi, Pemuda MCA mahu kerajaan terus menangani cabaran ekonomi selain berterusan mengambil langkah untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat dan turut mengesyorkan kerajaan untuk melaksanakan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan kadar empat peratus.

Mengenai pendidikan pula, sayap itu mahu Kementerian Pendidikan memperkasakan sukatan mata pelajaran di sekolah menengah dengan memperkenalkan subjek pilihan raya bagi membolehkan golongan muda lebih berpengetahuan selaras dengan pelaksanaan Undi18.

Sementara itu sebanyak tujuh resolusi yang dikemukakan pada Perhimpunan Agung Wanita MCA ke-48 hari ini diluluskan sebulat suara.

Resolusi merangkumi hal ehwal parti, ekonomi, agama, pertanian dan keterjaminan makanan serta undang-undang dan pembaharuan institusi itu diluluskan 940 perwakilan selepas dibahaskan 12 perwakilan dari 10 negeri.

Satu daripada resolusi yang diluluskan itu meminta kerajaan untuk menyediakan insentif bagi mengurangkan beban kepada majikan yang pekerjanya mengambil cuti bersalin selama 98 hari.

Mengenai hal ehwal parti, Wanita MCA menggesa parti agar lebih aktif dalam soal pengambilan ahli di kalangan belia selain mahu kadar penyertaan kaum wanita dalam politik termasuk kumpulan profesional ditingkatkan. – 21 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Related