Putera Mahkota Mohammed Salman berkenan adakan lawatan rasmi ke Malaysia tahun depan: Anwar

Putera Mahkota Mohammed menganggap Malaysia sebagai rakan strategik dan bersetuju agar jalur ekonomi dan diplomatik kedua-dua negara diberi tumpuan yang serius

12:50 AM MYT

 

RIYADH – Putera Mahkota Mohammed bin Salman berkenan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada tahun depan, yang selaras dengan persetujuan Arab Saudi dan Malaysia untuk meningkatkan hubungan serta kerjasama ekonomi dan diplomatik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu.

Beliau berkata Putera Mahkota Mohammed menganggap Malaysia sebagai rakan strategik dan bersetuju agar jalur ekonomi dan diplomatik kedua-dua negara diberi tumpuan yang serius.

“Dari segi ekonomi, baginda bersetuju kerjasama perdagangan dan pelaburan ditingkatkan manakala aspek diplomatik, ia meliputi isu pertahanan dan keselamatan.

“Justeru, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dipertanggungjawabkan untuk mengetuai jalur ekonomi manakala Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengetuai jalur diplomatik,” kata Perdana Menteri pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini.

Terdahulu, Putera Mahkota Mohammed yang juga Perdana Menteri Arab Saudi berkenan menerima menghadap Anwar untuk mengadakan pertemuan rasmi empat mata di Istana Al-Yamamah di sini.

Kemudian, Putera Mahkota Mohammed berkenan mengetuai Jemaah Menteri Arab Saudi untuk bertemu delegasi Malaysia yang diketuai Anwar termasuk Tengku Zafrul dan Zambry sebelum mereka dijemput menghadiri majlis santapan bersama baginda.

Anwar berkata Malaysia dan Arab Saudi sepakat agar tumpuan serius diberikan juga kepada kerjasama meningkatkan pelaburan dalam pelbagai bidang merangkumi pendidikan, pelancongan, teknologi maklumat serta teknologi tinggi seperti tenaga hijau di Arab Saudi.

Mengenai Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang berakhir pada Jumaat, Perdana Menteri berkata blok Asia Tenggara menjadi ikhtiar baharu bagi GCC untuk memacu pertumbuhan tinggi di rantau itu.

“Sinergi antara dua rantau itu tanpa campur tangan negara besar akan memberi kita peluang kerjasama dalam beberapa bidang termasuk tenaga hijau yang selaras dengan pelan perindustrian negara,” kata beliau. – 22 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related