Angka korban penduduk Palestin di Gaza meningkat 4,651 orang susulan serangan berterusan Zionis

Sebanyak 1,450 penduduk Palestin dilaporkan masih hilang dan berada di dalam runtuhan, termasuk 800 kanak-kanak

12:01 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jumlah kematian rakyat Palestin susulan serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sehingga Ahad, telah meningkat kepada 4,651 orang.

Daripada jumlah tersebut 1,873 adalah kanak-kanak, 1,023 wanita dan 187 warga emas. Sementara 14,245 orang mengalami kecederaan.

Angka itu dikeluarkan oleh hospital di Gaza sejak pencerobohan Israel pada 7 Oktober lalu.

Ia turut menyebut sebanyak 1,450 penduduk Palestin dilaporkan masih hilang dan berada di dalam runtuhan, termasuk 800 kanak-kanak.

Agensi berita Wafa melaporkan, berdasarkan data, 24 pembunuhan besar-besaran dilakukan Israel dalam masa 24 jam ini, dengan 266 penduduk Palestin terkorban termasuk 117 kanak-kanak.

‘‘Kebanyakannya adalah di selatan Gaza,’’ kata Wafa.

Sementara itu, di kem Al-Aroub di utara Hebron, seorang pemuda Palestin telah dibunuh oleh tentera Zionis.

Sumber tempatan memaklumkan Wafa, Qatada Ghneimat, 23, meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati.

Kejadian berlaku ketika tentera Zionis yang ditempatkan di pintu masuk Al-Arroub telah melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan Palestin yang dipandu oleh Qatada.

Qatada telah ditembak bertalu-talu dan Zionis turut menghalang ambulans daripada memberikan bantuan. – 22 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related