Hasrat PAS tawan Pahang, Perak PRU-16, ‘Sanusi ingat dia hebat’: Sharkar

Katanya, BN-PH mempunyai strategi, malah percaya rakyat sudah pandai menilai rekod pencapaian pentadbiran negeri dan jemu dengan janji politik

4:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno Pahang mengingatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak merasa dirinya hebat dengan hasrat mahu menawan Pahang dan Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Ahli Majlis Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, parti itu khususnya Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (BN-PH) tidak akan hanya berdiam diri,

Malah, katanya, parti itu mempunyai strategi untuk kekal terus mentadbir negeri berkenaan.

“Kita hormati cita-cita dia, tapi takkanlah kita duduk diam sahaja bila tahu dia nak tawan.

“Kita pun akan buat kerja untuk tawan negeri lain, sebab lama lagi PRU-16, tiga, empat tahun lagi, macam-macam boleh jadi.

“Dia (Sanusi) jangan ingat strategi dia sahaja, kita pun ada strategi kita, dia jangan ingat dia saja hebat, kita pun ramai yang hebat, kita nak tengok juga tiga, empat tahun akan datang ini apa akan jadi dengan Kedah, masih macam itu juga kah,” katanya kepada Scoop hari ini.

Sanusi pada penggulungan Muktamar PAS Ke-69 semalam berkata, parti itu berhasrat menawan Perak dan Pahang pada pilihan raya akan datang, selain mengekalkan empat negeri sedia ada, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah serta Perlis.

Menurut Pengarah Pilihanraya PAS itu, hasrat terbabit bagi mempertingkatkan lagi penguasaan parti berkenaan di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sharkar yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang berkata, rakyat sudah pandai menilai rekod pencapaian pentadbiran negeri dan jemu dengan janji politik.

“Kita ingat dia datang Pelangai (Pilihan Raya Kecil) BN hilang wang pertaruhan, rupa-rupanya calon dia kalah. Kita ingat Sanusi datang dulu berubah politik Pahang atau BN hilang wang pertaruhan, rupa-rupanya calon dia kalah.

“Setidak-tidaknya Umno berjaya menyekat gelombang biru Perikatan Nasional (PN) daripada menular di Pahang, tidak kiralah kita kerjasama dengan siapa, itu hak kita,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gopeng dari PKR, Tan Kar Hing berkata, hasrat pemimpin PAS terbabit disifatkan hanya ‘angan-angan’ sedangkan rekod pentadbiran kerajaan negeri mereka masih lemah.

“Rekod pentadbiran negeri PAS masih menunjukkan prestasi dan perkembangan ekonomi lemah dan kurang berdaya saing, berbanding dengan negeri lain.

“Pada masa sama, pimpinan PAS yang pernah memimpin Perak dan dua exco kerajaan (negeri) tiga tahun lalu, turut menunjukkan prestasi kurang memuaskan.

“Oleh itu, saya mengajak rakyat Perak menilai semula rekod prestasi mereka sebagai kerajaan sebelum ini,” katanya. – 23 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related