Peserta dakwa digelar ‘zionis’ akan buat laporan polis, tuntut pengerusi Viva Palestina Malaysia, Dr Musa mohon maaf

Laporan itu dibuat susulan perkataan zionis yang didakwa ditujukan kepada dia sekeluarga yang hadir pada himpunan tersebut

7:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Peserta himpunan Freedom for Palestine, Syed Muhammad Shafiq Syed Jaafar yang didakwa digelar ‘zionis’ ketika membawa plakad mengecam Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, jam 10 malam ini.

Ketika dihubungi Scoop, Syed Muhammad, 35, berkata, laporan itu dibuat susulan perkataan zionis yang didakwa ditujukan kepada dia sekeluarga yang hadir pada himpunan tersebut, di Dataran Merdeka, pada Ahad lalu.

Perkataan zionis itu, katanya, memberikan kesan emosi kepada ibunya Nor Hashima Mohamed Hassan, 64, yang turut hadir pada perhimpunan terbabit.

Syed Muhammad Shafiq Syed Jaafar akan membuat laporan polis malam ini. – 23 Oktober, 2023

Syed Muhammad dan keluarganya turut menuntut permohonan maaf daripada pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), Datuk Dr Musa Mohd Nordin.

“Kami iaitu saya, ibu, kakak, dua adik lelaki serta seorang adik ipar akan buat laporan polis malam ini bagi menuntut Dr Musa membuat permohonan maaf secara terbuka kepada saya dan keluarga.

“Kalau tengok pada ciapan dia (Dr Musa), permohonan maaf yang dibuat itu secara umum, bukan kepada kami yang menjadi mangsa (digelar zionis).

“Ibu saya sehingga ke hari ini masih terkesan kerana anak-anaknya dimaki dan disebabkan itu saya berkeras sampai nak buat laporan polis,” katanya.

Dr Musa menerusi ciapannya hari ini memohon maaf atas kekurangan yang berlaku ketika himpunan Freedom For Palestine anjuran bersama VPM semalam, susulan kecaman daripada orang ramai berhubung beberapa arahan yang dikenakan ke atas peserta.

Dalam beberapa siri ciapan hari ini, Dr Musa bagaimanapun menegaskan bahawa tindakannya untuk tidak menggalakkan peserta melaungkan takbir tidak bermaksud beliau menyekat sepenuhnya ekspresi itu.
Beliau turut mengulangi penafiannya menggelar peserta sebagai ‘zionis’ kerana mengangkat sepanduk mengecam Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

“Saya sebenarnya menjelaskan bahawa kita patut menghormati adab dan kesopanan semasa himpunan. Kita tidak boleh tunduk kepada tahap kebencian (disebarkan) oleh zionis.

“Ini adalah selaras dengan arahan PDRM (Polis Diraja Malaysia) agar kita sentiasa berada dalam lingkungan himpunan kemanusiaan.

Syed Muhammad dan keluarga merupakan antara 10,000 peserta yang menghadiri himpunan solidariti yang dianjurkan VPM dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) yang diadakan di Dataran Merdeka pada Ahad.

Dalam himpunan itu, mereka sekeluarga membawa plakad memaparkan wajah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan slogan ‘Netanyahu Penjenayah Perang’.

Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, Syed Muhammad berkata ketika plakad mereka dirampas pasukan sekuriti, dia dan ahli keluarga tidak langsung membantah atau membuat sebarang provokasi kerana menghormati penganjur.

“Kami memang semangat nak datang himpunan sebab ingin tunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin tapi kami pula digelar Zionis.

“Kami melancarkan protes secara senyap (silent protest). Kami tidak bersorak, juga tidak menggunakan kata-kata kesat pada plakad itu. Jadi, apa yang salahnya dengan plakad tersebut?

“Dalam ciapan itu dia kata video itu telah (dipotong)… tapi kami sendiri mengalaminya, kami adalah mangsa. Netizen yang hadir pada himpunan itu juga berasa marah, banyak saksi pada hari itu kalau dia nak kata video itu telah dipotong.

“Dia tidak patut nafikan dia (ada) sebut zionis. Dia tidak kenal saya pun, kenapa sampai nak lemparkan perkataan macam itu,” katanya. – 23 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

[UPDATED] Moral responsibility: ministers with multiple pensions should choose only one, says Anwar

Government politicians receiving multiple pensions have a moral responsibility to only opt for one pension scheme, said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Related