‘Maafkan saya sepanjang saya hidap bipolar’ kata bekas penyanyi nasyid, Yasin

Semoga (dengan) melihat saya dalam keadaan (terkini) sejak kebelakangan ini, akan melembutkan hati semua orang untuk memberikan kemaafan, katanya

8:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Penyanyi nasyid dan penulis lirik, Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman memohon maaf kepada mereka yang terkesan dengan penyakit bipolar yang dihidapinya hingga pernah memarahi orang ramai, mengeluarkan kata-kata kesat dan mungkin pernah menghiris hati sesiapa.

“Saya minta maaf banyak-banyak, dari lubuk hati saya yang paling dalam, walaupun sebenarnya waktu itu saya tak waras, tidak bererti saya tidak kesal dan sesal .

“Maka maafkanlah saya… semoga (dengan) melihat saya dalam keadaan (terkini) sejak kebelakangan ini, akan melembutkan hati semua orang untuk memberikan kemaafan,’’ katanya kepada media selepas prosiding mahkamah hari ini.

Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 29 November ini untuk keputusan akhir kes pembelaan membabitkan penyanyi berkenaan berhubung tiga pertuduhan dadah.

Hakim Faiz Dziyauddin menetapkan tarikh berkenaan selepas pihak pembelaan menutup kes sejurus satu-satunya saksi bagi pihak Yasin iaitu pakar perunding psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, Dr Ian Lloyd Anthorny selesai memberikan keterangan.

Mengulas lanjut, Yasin turut merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan dari segi material dan moral.

“Terima kasih banyak dan terima kasih kepada semua yang ambil kisah mengenai kesihatan saya terutama mereka di blok kinik, penjara Sungai Buloh.

Pada 6 Julai lalu, Yasin disahkan oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta mempunyai penyakit ‘bipolar disorder’ dan ‘hyperthyroidism’ selain tidak waras ketika melakukan kesalahan kes dadah pada Mac 2022.

Dalam pada itu, ditanya bagaimana perasaannya apabila mengetahui hasil seninya masih dinyanyikan oleh peminatnya, Yasin kelihatan gembira.

“Saya tersentuh! Terima Kasih!,’’ katanya ketika diringi pengawal penjara.

Yasin diperintah membela diri atas tiga tuduhan memiliki 193.7g jenis kanabis, menanam 17 pokok ganja di dalam pasu plastik berisi tanah di rumahnya di Kota Damansara serta mengambil ganja di pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, di mana dia didakwa di bawah seksyen 39A(2) kerana memiliki dadah, yang membawa hukuman lima tahun hingga seumur hidup dan 20 kali sebatan; Seksyen 6B(1)(a) kerana menanam ganja yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya enam kali sebatan, serta Seksyen 15(1)(a) kerana mengambil ganja, yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau maksimum dua tahun penjara, jika sabit kesalahan. – 23 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related