RUU penggabungan MAV-CAAM dibentang tahun depan: Loke

10:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan dijangka membentangkan rang undang-undang mengenai cadangan penggabungan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pada persidangan Parlimen tahun depan.

Menterinya Anthony Loke berkata kementerian itu sedang mengambil beberapa langkah perlu untuk penggabungan kedua-dua badan itu sebagai pengawal selia tunggal bagi aspek teknikal dan ekonomi.

“Kita perlu pertamanya, memansuhkan Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 dan meminda Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017 untuk kita gabungkan kuasa kepada CAAM.

“Ia satu proses yang panjang, bukan sekadar meminda undang-undang tapi kita perlu menggabungkan operasi, kita harap dapat laksanakannya tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian perkongsian kod antara Emirates dan Batik Air di sini hari ini.

Mengulas mengenai isu MYAirline Sdn Bhd, Loke berkata kementeriannya masih menjalankan siasatan sama ada syarikat penerbangan itu telah melalui prosedur yang betul sebelum diberikan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) oleh Mavcom.

“Itu adalah sesuatu yang Mvcom perlu bertanggungjawab dan mereka perlu bertanggungjawab dalam proses pemberian lesen,” katanya.

Sementara itu, Loke berkata melalui kerjasama Emirates-Batik Air Malaysia, ia memberi peluang kepada Malaysia untuk menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab penerbangan utama yang meningkatkan kesalinghubungan serantau.

“Perkongsian ini menjadi bukti kepada kemungkinan besar yang menanti industri penerbangan di Malaysia,” katanya.

Perkongsian kod membolehkan pelanggan Emirates mengakses lima bandar raya di Malaysia dan tiga pusat serantau Asia Tenggara yang dikendalikan oleh Batik Air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Melalui perkongsian itu, Emirates akan meletakkan kodnya pada penerbangan kendalian Batik Air ke Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, Langkawi, Johor Bahru, Denpasar, Jakarta dan Singapura serta menawarkan pelanggan pengalaman perjalanan yang lancar semasa mereka menyambung ke destinasi baharu menggunakan tiket tunggal. – 23 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related