Jordan edar resolusi gesa gencatan senjata di Gaza sebelum sidang tergempar UNGA esok

Jordan dan Mauritania, yang bertindak bagi pihak beberapa negara, menggesa sidang tergempar khas selepas AS menggunakan kuasa veto untuk menyekat resolusi tersebut

9:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jordan mengedarkan draf resolusi menggesa gencatan senjata segera sebelum mesyuarat Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang dijadualkan esok.

Jordan dan Mauritania, yang bertindak bagi pihak beberapa negara, menggesa sidang tergempar khas 193 negara anggota UNGA selepas Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto untuk menyekat resolusi yang menggesa gencatan senjata minggu lalu.

“Apabila Majlis Keselamatan tidak dapat bertindak, UNGA perlu melakukan sesuatu ,” kata Presidennya, Dennis Francis selepas beliau mengumumkan mesyuarat yang dijadualkan pada jam 10 pagi waktu tempatan esok.  

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres semalam mendakwa berlaku pelanggaran undang-undang antarabangsa di Gaza dan menggesa gencatan senjata segera ketika Israel menggempur wilayah Palestin sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas, dengan krisis itu memecah belah Majlis Keselamatan.

Guterres berkata, tidak ada alasan untuk serangan dilakukan oleh pejuang Hamas pada 7 Oktober tetapi juga memberi amaran berhubung “hukuman kolektif” terhadap rakyat Palestin.

“Saya amat prihatin dengan pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang jelas kita saksikan di Gaza. Saya jelaskan di sini, tiada pihak dalam konflik bersenjata melebihi undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” katanya.

Menurut Guterres, serangan Hamas “tidak berlaku tanpa sebab” kerana rakyat Palestin ditindas sejak pendudukan Israel selama 56 tahun.

Kenyataan tersebut menimbulkan kemarahan Menteri Luar Israel, Eli Cohen yang menuding jari ke arah Guterres dan meninggikan suara, menceritakan angka korban rakyatnya termasuk kanak-kanak dalam serangan dilancarkan Hamas pada 7 Oktober lalu. – 25 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related