Api kemarahan buat ‘Isra-hell’ terus marak

Beberapa ahli politik turut hadir termasuk Ketua Penerangan parti Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali serta pelakon Ellie Suriaty Omar

11:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ibu kota ‘digegarkan’ sekali lagi malam ini, dengan himpunan yang keenam diadakan bagi menunjukkan solidariti kepada Palestin susulan serangan berterusan membedil Gaza sejak 7 Oktober yang lalu.

Perhimpunan Anak Muda Tolak ‘Isra-Hell’, yang dianjurkan oleh sayap pemuda Perikatan Nasional (PN) disertai kira-kira 500 peserta.

Seperti beberapa perhimpunan sebelum ini, para peserta berarak ke Kedutaan Amerika, namun seperti biasa, bangunan tersebut dikawal ketat oleh polis – Sairien Nafis/Scoop, 25 Oktober, 2023

Mereka mula berarak pada jam 8.55 malam selepas solat Isyak dari Masjid Tabung Haji menuju ke bangunan kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak.

Namun seperti biasa, bangunan tersebut dikawal ketat oleh polis.

Peserta-peserta Himpunan Anak Muda Tolak Isra-hell ini turut membakar bendera Israel dan poster Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai simbolik kemarahan rakyat Malaysia terhadap kekejaman Zionis ke atas rakyat Palestin.

Dalam pada itu, beberapa ahli politik turut hadir termasuk Ketua Penerangan parti Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali serta pelakon Ellie Suriaty Omar.

Peserta Himpunan Anak Muda Tolak Isra-hell ini turut membakar bendera Israel dan poster Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai simbolik kemarahan rakyat Malaysia – Sairien Nafis/Scoop, 25 Oktober, 2023

Dalam ucapannya, Muhammad Rafique menekankan keperluan untuk memberi mesej yang lebih kuat kepada AS dan Israel.

“Mereka hanya mentertawakan (himpunan) ini,” ujarnya. Setakat semalam, seramai 6,546 penduduk Palestin telah terkorban sejak Israel memulakan serangan pada 7 Oktober lalu. Daripada jumlah tersebut, sekurang-kurangnya 2,360 adalah kanak-kanak.

Manakala lebih 16,000 rakyat Palestin mengalami kecederaan. Penduduk Palestin juga kini berdepan dengan krisis kemanusiaan seperti putusnya bekalan makanan, air, dan elektrik malah hospital-hospital di Gaza tidak mempunyai bahan bakar lagi untuk penjana elektrik. – 25 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Wan Ahmad Dahlan dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, menggantikan Zulkapli

Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, 58, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa esok.

Related