Israel buat persiapan serang Gaza melalui darat: Netanyahu

Keputusan mengenai bila serangan itu bakal dilancar akan ditetapkan Kabinet Perang Israel

9:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Di sebalik gesaan beberapa negara dan rakyat antarabangsa supaya konflik Israel dan Palestin dihenti segera, Benjamin Netanyahu mendedahkan tentera Zionis sedang giat membuat persiapan melancarkan serangan darat ke atas Semenanjung Gaza.

Namun, Perdana Menteri Israel itu dilaporkan berkata, beliau tidak dapat berkongsi mengenai masa atau maklumat lanjut berhubung operasi terbabit.

Katanya, keputusan bila serangan itu bakal dilancar akan ditetapkan Kabinet Perang Israel.

“Kami sudah membunuh ribuan pengganas dan ini hanya permulaan. Saya tidak akan menjelaskan persiapan kamu lakukan, sebahagian besarnya tidak diketahui masyarakat dan memang begitu sepatutnya,” katanya menerusi kenyataan di televisyen seperti dilaporkan media antarabangsa.

Sementara itu, menurut agensi berita global, Presiden Perancis, Emmanuel Macron sejak awal memberi peringatan bahawa rancangan Israel melancarkan serangan darat ke atas Gaza akan menjadi ‘kesilapan’

Tegasnya, walaupun beliau berpendapat Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri, serangan terbabit hanya akan membahayakan orang awam, tanpa menjamin keselamatan jangka panjang negara berkenaan.

Lebih 6,500 rakyat Palestin terkorban dalam peperangan antara Israel dan Palestin sejak ia tercetus pada 7 Oktober lalu, dengan sebahagian besarnya adalah kanak-kanak.

Konflik itu dikecam pelbagai pihak, termasuk pemimpin beberapa negara, antaranya Malaysia kerana disifatkan sebagai menafikan nilai kemanusiaan.

Malaysia turut menyatakan sokongan terbuka terhadap perjuangan Palestin menerusi beberapa usaha, termasuk mengadakan lima Himpunan Malaysia Bersama Palestin sejak perang meletus dan sumbangan dana daripada seluruh rakyat di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memberikan ucapan pada acara itu yang terbaharu diadakan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil kelmarin, lantang bersuara berhubung konflik terbabit, selain menggesa Israel menghentikan serangan berkenaan serta memberi hak kepada rakyat Palestin.

Biarpun mendedahkan beliau menerima banyak ugutan dan teguran daripada pihak serta negara yang menyokong rejim Israel berhubung konflik dengan Palestin, Anwar berkata, beliau dan Malaysia tidak akan berganjak daripada memperjuangkan nasib rakyat negara Islam berkenaan.

“Saya terima banyak teguran, ugutan, saya sebut kamu salah pilih orang.

“Saya tegaskan, Malaysia negara bebas merdeka, akan kekal berdaulat dan perjuangkan hak dan kebebasan rakyat Palestin,” katanya. – 26 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Related