Tiada cadangan denda lelaki masuk koc MRT wanita, ‘kerajaan akan terus…’: Anthony

Setakat ini, pematuhan penumpang lelaki adalah tinggi kerana apabila mengetahui ia adalah koc wanita, mereka akan keluar daripada ruang itu

2:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang mengenakan hukuman atau denda kepada penumpang lelaki yang ‘menceroboh’ atau menggunakan koc khas wanita di Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Kajang, setakat ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sebaliknya kerajaan akan terus melaksanakan program bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan penumpang, khususnya lelaki mengenai koc wanita yang mula diperkenal MRT sejak 18 September lalu.

“Setakat ini, belum ada lagi apa-apa peraturan untuk mendenda atau menghukum (kepada penumpang lelaki masuk ke koc wanita), tetapi lebih penting kita beri galakan dan teguran.

“Dari segi pematuhan itu sangat tinggi juga, ramai dalam kalangan penumpang lelaki apabila tahu itu adalah koc wanita, mereka akan keluar dari koc terbabit,” katanya ketika sesi Pertanyaan Menteri-Menteri (MQT) di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Anthony berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir mengenai sama ada kerajaan bercadang meningkatkan pengurusan operasi bagi koc wanita serta menambah bilangannya.

Selain itu, beliau memberitahu, pihaknya akan memantau keberkesanan koc wanita, sebelum menambah bilangannya agar tidak berlaku kesesakan di gerabak lain.

“Daripada empat koc, sekarang ini satu koc dikhaskan untuk wanita dan kita lihat keberkesanan itu terlebih dahulu.

“Bagi penumpang wanita, koc terbabit adalah pilihan dan dia boleh masuk ke koc lain sekiranya terlalu sesak, tetapi kita juga perlu ada pengimbangan, (kalau) kita tambah koc wanita ia hanya akan kurangkan koc untuk penumpang lelaki pula, jadi itu akan menimbulkan masalah,” katanya. – 26 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Related