Pemimpin kanan Hamas antara delegasi lawat Moscow

Rusia diketahui menjalin hubungan dengan semua pemain utama di Timur Tengah termasuk Israel, Iran, pihak berkuasa Palestin dan Hamas

11:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Delegasi Hamas termasuk pemimpin kanan kumpulan itu, Abu Marzook dilaporkan melawat Moscow, Rusia.

Rusia mempunyai hubungan dengan semua pemain utama di Timur Tengah termasuk Israel, Iran, pihak berkuasa Palestin dan Hamas.

Moscow berulang kali menyalahkan krisis semasa atas kegagalan diplomasi Amerika Syarikat (AS) dan menggesa gencatan senjata antara Israel dan Hamas dan meneruskan semula rundingan bagi mencari penyelesaian damai yang berkekalan.

Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova dalam kenyataan berasingan berkata, Timbalan Menteri Luar Iran, Ali Baghiri Kani turut berkunjung ke Moscow.

Dalam pada itu, angka kematian di Gaza meningkat kepada lebih 7,000 mangsa termasuk hampir 3,000 kanak-kanak, kata pegawai Palestin.

Tentera Israel dilaporkan melancarkan serbuan darat semalaman di Gaza dengan menyasarkan kedudukan kumpulan Hamas menggunakan kereta kebal. – Agensi

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related