Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1698412664:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_2cf07f37338a948d5129dec99cdafa3d] => Array
        (
            [0] => 
Pegang senjata mainan hanya simbolik, beri kefahaman visual erti jihad: Guru
) [_oembed_time_2cf07f37338a948d5129dec99cdafa3d] => Array ( [0] => 1698411943 ) [post_views_count] => Array ( [0] => 245 ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 129364 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 22 ) [_post_language] => Array ( [0] => Bahasa Malaysia ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-99954 ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-99954 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:124:"Sebarang aktiviti murid sekolah yang mempunyai elemen keganasan tidak sepatutnya diadakan kerana ia memberi mesej yang salah";} ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_focuskw] => Array ( [0] => NUTP ) [_yoast_wpseo_metadesc] => Array ( [0] => Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) tidak bersetuju dengan tindakan pihak sekolah yang menggunakan senjata mainan untuk diberikan kepada murid bagi menggambarkan sokongan dan solidariti terhadap rakyat Palestin. ) [_yoast_wpseo_linkdex] => Array ( [0] => 69 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 30 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 3 ) [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array ( [0] => ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750767540";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1750767540 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 1 ) )
Aktiviti sekolah tidak boleh ada elemen keganasan: NUTP | Scoop

Aktiviti sekolah tidak boleh ada elemen keganasan: NUTP

Sebarang aktiviti murid sekolah yang mempunyai elemen keganasan tidak sepatutnya diadakan kerana ia memberi mesej yang salah

9:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) tidak bersetuju dengan tindakan pihak sekolah yang menggunakan senjata mainan untuk diberikan kepada murid bagi menggambarkan sokongan dan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Presidennya, Aminuddin Awang berkata, sebarang aktiviti murid sekolah yang mempunyai elemen keganasan tidak sepatutnya diadakan kerana ia memberi mesej yang salah.

Sebarang aktiviti murid sekolah yang mempunyai elemen keganasan tidak sepatutnya diadakan. – Gambar tangkap layar, 27 Oktober, 2023

“Tidak boleh, elemen keganasan tidak boleh dijadikan contoh (bagi murid).

“Diharap pihak sekolah lebih berhati-hati memilih aktiviti sebagai pengisian Minggu Solidariti Palestin ini.

“Apa yang penting, pihak sekolah mengadakan aktiviti-aktiviti yang mampu memupuk sikap keperimanusiaan, kasih sayang, saling hormat-menghormati dan menolak keganasan dalam menyelesaikan masalah,” katanya kepada Scoop hari ini.

Beliau mengulas laporan beberapa pihak membantah tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan Minggu Solidariti Palestin di semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu bermula 29 Oktober hingga 3 November ini.

Malah hari ini gambar-gambar mengenai murid-murid di sebuah sekolah memegang senjata mainan dan melilit kain di kepala telah tular sehingga mencetuskan kritikan ramai, kerana ia tidak sesuai untuk pelajar sekolah apatah lagi pelajar membawa senapang mainan.

Pihak sekolah disaran lebih berhati-hati memilih aktiviti sebagai pengisian Minggu Solidariti Palestin ini. – Gambar tangkap layar, 27 Oktober, 2023

Guru sekolah terbabit bagaimanapun menjelaskan aktiviti menyokong perjuangan Palestin itu hanya simbolik bagi memberi kefahaman visual mengenai erti jihad.

Turut menyuarakan bantahan adalah Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin yang mempersoalkan keperluan menganjurkan program solidariti rakyat Palestin di institusi pendidikan terutama di sekolah.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut mengulas mengenai perkara ini, berkata program bagi memupuk solidariti kepada Palestin yang diadakan di sekolah-sekolah di seluruh negara perlu diuruskan dengan baik.

“Itu kita kena kawal. Tadi kita bincang di Jemaah Menteri, pertama kita tidak galakkan dan paksa semua sekolah (buat Minggu Solidariti Palestin).

“Keduanya kita kena kawal supaya jangan jadi masalah,” katanya.

Biarpun program ini bukan wajib, namun ia sepatutnya tidak perlu diadakan terutama di sekolah. – Gambar tangkap layar, 27 Oktober, 2023

Dalam pada itu Aminuddin berkata, pihak KPM diharap dapat memberikan garis panduan secara lebih khusus berkaitan pelaksanaan program tersebut.

“Ini supaya semua sekolah mengikut panduan yang sama dan mengelak sebarang isu berbangkit kemudian,” katanya yang memaklumkan NUTP tetap menyokong inisiatif KPM itu.

Sementara itu peguam yang juga aktivis, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali Siti Kasim berkata, kerajaan terutama KPM sepatutnya tidak perlu melibatkan murid dan sekolah dalam program solidariti Palestin.

“Bagi orang dewasa (untuk sertai himpunan) sesuailah, mereka sudah matang, bebas untuk nyatakan pendirian tapi tidak untuk kanak-kanak yang masih belum dapat membezakan, membuat pilihan dan memberi pandangan.

“Biarpun program ini bukan wajib, namun ia sepatutnya tidak perlu diadakan terutama di sekolah. Mungkin ada sekolah yang akan abaikan, tapi kebanyakan pasti akan melaksanakannya dan dibimbangi mereka akan memberi pandangan salah.

“Kanak-kanak ini pula mudah teruja, bila melihat bendera Israel terus persepsi itu jahat, dan bila melihat bendera Palestin, oh itu Islam, untuk mereka yang sudah dewasa untuk menentukan sokongan mereka tidak apa, tetapi bukan untuk institusi pendidikan,” katanya. – 27 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related