Ugutan diterima Malaysia tunjukkan pendekatan dalam isu Palestin adalah efektif

Rakyat Malaysia harus berbangga dengan pemimpin yang berani membawa suara dan pendirian negara ke pentas antarabangsa

9:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ugutan terhadap kelantangan Malaysia dalam memperjuangkan nasib Palestin menunjukkan pendekatan Malaysia dalam konflik membabitkan Palestin dan Israel adalah efektif.

Pakar Geostrategi Prof Dr Azmi Hassan berkata pemimpin Malaysia perlu lantang dalam memperjuangkan  isu rakyat Palestin kerana Israel secara terang-terangan tidak mematuhi undang-undang antarabangsa dan tidak berperikemanusiaan.

Beliau yang juga Felo Kanan Nusantara Academy for Strategic Research berkata pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang isu Palestin pada hari ini adalah sama seperti pendirian pemimpin  negara terdahulu yang mahukan pencerobohan dihentikan di wilayah bergolak itu.

“Cuma Datuk Seri Anwar lebih lantang dalam menyuarakan pendirian Malaysia. Ia tidak bermaksud Perdana Menteri mencuri peluang untuk meraih populariti,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut Azmi, rakyat Malaysia harus berbangga dengan pemimpin yang berani membawa suara dan pendirian negara ke pentas antarabangsa.

Anwar ketika berucap pada Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin pada Selasa mendedahkan menerima ugutan dari negara luar berhubung tindakannya yang menyuarakan pendirian negara dengan lantang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) Danial Rahman ketika dihubungi berkata sokongan Perdana Menteri terhadap rakyat Palestin bukanlah untuk meraih populariti tetapi merupakan satu pegangan perjuangan yang konsisten sejak dahulu lagi.

“Usaha beliau (Perdana Menteri) merupakan cerminan pendirian rakyat Malaysia yang sememangnya prihatin terhadap opresi (penindasan) yang dihadapi warga Palestin dan penentangan terhadap keganasan oleh Kerajaan Israel,” katanya.

Danial berkata kenyataan kuat pemimpin negara yang menggesa negara-negara seluruh dunia untuk bersatu membantah keganasan Israel terhadap Palestin juga merupakan satu mesej pendirian negara yang jelas di peringkat global. – 27 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related