MyOnePAS masih dalam pengujian, dimuat naik dalam Google Play Store dan Apple App Store Nov ini

Ketersediaan aplikasi ini yang boleh dimuat turun melalui fail APK buat masa ini adalah langkah sementara dalam proses penyediaan aplikasi berkenaan ke fasa seterusnya

9:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Aplikasi MyOnePAS yang dibangunkan PAS masih dalam bentul fasa awal atau pengujian Beta bagi mendapatkan maklum balas selain memberikan pengenalan awal aplikasi kepada orang ramai terutama ahli parti itu sendiri.

Justeru Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan meminta pengguna bersabar dan menunggu aplikasi ini dimuat naik secara rasmi dalam Google Play Store dan Apple App Store yang dijangkakan hujung November ini.

“PAS serta pembangunan aplikasi itu yang dilaksanakan oleh PASpay Technology Sdn. Bhd. (PASpay) memberi akujanji untuk mengambil serius atas semua maklum balas dan pandangan yang diterima.

“Ia bagi memastikan aplikasi yang menjurus kepada gaya hidup dan digital secara Islamik ini dapat berfungsi sebaiknya apabila ia boleh dimuat turun sepenuhnya.

“Kami sedia maklum mengenai isu ini dan meminta PASpay mempertingkatkan lagi kesedaran kepada pengguna agar mereka yang ingin menggunakan aplikasi MyOnePAS (dalam tempoh pengujian Beta) boleh memilih untuk turut serta membuat permohonan melalui laman web rasmi www.myonepas.com sahaja,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Pada 21 Oktober lalu, PAS telah melancarkan MyOnePAS Super App yang dilengkapi kemudahan kad prabayar menggunakan Mastercard selain e-dompet.

Selain itu MyOnePAS Super App turut mempunyai kemudahan pembayaran bil, panduan solat dan aplikasi lain untuk pelbagai urusan parti.

Jika ingin memohon bagi kad fizikal, bayaran sebanyak RM25 dikenakan dan ia boleh ‘menyimpan’ had wang sehingga RM10,000 bagi Mastercard dan RM25,000 bagi e-dompet.

Bagaimanapun pelaksanaannya mencetuskan kebimbangan berhubung isu keselamatan kerana aplikasi ini tidak ditawarkan dimuat turun daripada platform berdaftar pada masa ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, susulan pelancaran aplikasi berkenaan, PAS telah mengeluarkan satu Memo Setiausaha Agung bertarikh 23 Oktober lalu sebagai penerangan lanjut kepada ahli-ahli PAS khasnya mengenai aplikasi MyOnePAS melibatkan beberapa perkara termasuk isu-isu sekuriti yang dibangkitkan.

“Ia antara lain menyebut bahawa ketersediaan aplikasi ini yang boleh dimuat turun secara eksklusif melalui fail APK buat masa ini adalah langkah sementara dalam proses penyediaan aplikasi berkenaan ke fasa seterusnya,’’ katanya.

Setakat ini, kata Takiyuddin pengguna yang sudah pun memuat turun aplikasi ini boleh menggunakan fungsi-fungsi percubaan seperti arah kibat, waktu solat, infaq istiqamah dan lain-lain. – 28 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related