KPT serah kepada IPT tunjuk solidariti terhadap Palestin ikut cara masing-masing

Ini kerana setiap IPT mempunyai garis panduan serta kebebasan, dan boleh mengatur sebarang program yang dirasakan sesuai

3:46 PM MYT

 

KOTA TINGGI – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan kepada pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menunjukkan solidariti kepada Palestin dalam apa jua bentuk dan cara masing-masing.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana setiap IPT mempunyai garis panduan serta kebebasan, dan boleh mengatur sebarang program yang dirasakan sesuai mengikut perancangan masing-masing.

“Kena faham, di KPT kita bukan mengawal dan menentukan semua perkara di universiti, (kerana) setiap universiti ada peraturan dan panduan masing-masing dan kita bukan seperti sekolah,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Kesihatan MADANI bersama MegaKlinik QMS Kota Tinggi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika dirujuk mengenai langkah Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan Minggu Solidariti Palestin di semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu bermula 29 Okt hingga 3 Nov ini. – 28 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related