Sembilan lokasi dipasang Starlink di Sabah Januari tahun depan: Fahmi

Starlink telah diberikan lesen oleh kerajaan sejak Julai lalu sebagai syarikat penyedia perkhidmatan internet bagi  meningkatkan keupayaan internet di negara ini

6:31 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memasang unit peranti satelit Starlink fasa dua di Sabah seawal Januari tahun depan.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata pemasangan unit peranti satelit Starlink itu akan melibatkan sembilan lokasi di negeri ini dan salah satunya ialah di Inanam.

“Pemasangan unit Starlink ini dijalankan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan saya minta pasukan pastikan di Inanam cari satu tempat (pemasangan Starlink).

Dua unit satelit Starlink fasa pertama (kini) sedang dipasang iaitu satu di Pensiangan dan Ranau. Esok saya akan ke Ranau untuk melihat pemasangan unit Starlink,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Kita MADANI di Dewan Pisompuran Kampung Kobuni, Inanam di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching, dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap Ahli Parlimen Kota Kinabalu Datuk Chan Foong Hin.

Fahmi berkata Starlink telah diberikan lesen oleh kerajaan sejak Julai lalu sebagai syarikat penyedia perkhidmatan internet bagi meningkatkan keupayaan internet di negara ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata inflasi dalam sektor komunikasi kekal pada kadar -3.7 peratus yang menunjukkan satu perkembangan yang baik.

Beliau berkata ia berikutan penyedia perkhidmatan internet mengurangkan harga internet kepada pengguna.

Mengenai program Kita MADANI yang diadakan itu, Fahmi berkata maklumat yang sahih dan benar dapat disampaikan kepada komuniti.

Katanya komuniti MADANI di setiap kawasan Parlimen diwujudkan untuk membantu kerajaan negeri mahupun Persekutuan menyampaikan setiap maklumat yang tepat kepada komuniti.

“Ini penting agar dasar Kerajaan Persekutuan dan negeri dapat disampaikan hingga ke peringkat akar umbi,” katanya. – 28 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related