Isu pelajar pegang senjata mainan: Jangan salah guna kuasa ambil tindakan, Afnan

Afnan Hamimi Taib Azammmudden berkata pelajar tersebut tidak ganas, ekstrem dan tidak mencetuskan apa-apa konflik

1:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Jangan salah guna kuasa untuk ambil tindakan ke atas pelajar, guru dan sekolah yang terlibat dalam program melibatkan senjata mainan di sebuah sekolah baru-baru ini yang diadakan sebagai tanda solidariti ke atas Palestin.

Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, ini kerana pelajar tersebut tidak ganas, ekstrem dan tidak mencetuskan apa-apa konflik.

Malah, katanya mereka memakai kostum begitu hanya untuk menzahirkan kemarahan kepada rejim Zionis.

Afnan Hamimi Taib Azamudden menggesa pelajar, guru serta sekolah itu tidak dikenakan tindakan. – Alif Omar/Scoop, 29 Oktober, 2023

“Pelajar-pelajar ini dididik oleh ibu ayah dan guru mereka supaya cintakan kepada saudara seaqidah dengan mereka yang berada di bumi Palestin, yang dibunuh, diratah, ditindas tanpa peri kemanusiaan oleh rejim Zionis Israel,’’ katanya dalam kenyataan di sini.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata mereka yang telah menyalahguna kuasa dan bertanggungjawab dalam program itu wajib dikenakan tindakan disiplin.

Ini kerana, katanya sekolah bukan tempat untuk konflik, fahaman ekstremis dan keganasan malah sifat manusiawi dan perasaan cinta keamanan perlu diketengahkan.

Mengulas lanjut, Afnan berkata sebagai Menteri, Kor Ming sepatutnya menyokong pelajar itu, mendokong perjuangan Palestin dan mengutuk rejim Zionis Israel.

Gambar-gambar tular yang menunjukkan pelajar memegang senjata mainan ini telah mencetuskan kritikan ramai. – Tangkap layar dari media sosial, 29 Oktober, 2023

Gambar-gambar mengenai murid-murid di sebuah sekolah memegang senjata mainan dan melilit kain di kepala telah tular sehingga mencetuskan kritikan ramai, kerana ia tidak sesuai untuk pelajar sekolah apatah lagi pelajar membawa senapang mainan.

Bagaimanapun guru sekolah terbabit yang enggan dinamakan berkata, ia merupakan sebahagian daripada acara sambutan hari sukan tahunan sekolah dan tidak timbul isu menyemai semangat keganasan dalam kalangan murid-murid.

Malah katanya, ia hanya bertujuan memberi pemahaman secara visual kepada murid berkeperluan khas tahun empat, lima dan enam mengenai apa itu jihad.

Namun program berkenaan mendapat kritikan ramai termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) yang tidak bersetuju dengan tindakan pihak sekolah yang menggunakan senjata mainan untuk diberikan kepada murid bagi menggambarkan sokongan dan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Presidennya, Aminuddin Awang berkata, sebarang aktiviti murid sekolah yang mempunyai elemen keganasan tidak sepatutnya diadakan kerana ia memberi mesej yang salah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program bagi memupuk solidariti kepada Palestin yang diadakan di sekolah-sekolah di seluruh negara perlu diuruskan dengan baik. – Gambar Scoop, 29 Oktober, 2023

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas mengenainya berkata program bagi memupuk solidariti kepada Palestin yang diadakan di sekolah-sekolah di seluruh negara perlu diuruskan dengan baik.

“Itu kita kena kawal. Tadi kita bincang di Jemaah Menteri, pertama kita tidak galakkan dan paksa semua sekolah (buat Minggu Solidariti Palestin).

“Keduanya kita kena kawal supaya jangan jadi masalah,” katanya. – 29 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related